Tunku Mahkota Johor Jaringkan Tiga Gol Bertemu Bekpes Hot FM

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim bukanlah seorang yang asing dalam dunia bolasepak tempatan. Selain mempunyai visi yang cukup luar biasa untuk kelabnya, Johor Darul Takzim baginda juga boleh beraksi dengan baik ketika di atas padang.

Terbaru dalam aksi perlawanan persahabatan diantara pasukan Johor Darul Takzim (JDT) dengan team Bekpes Hot FM, baginda berjaya memberi aksi yang sangat memukau dalam membenam pasukan radio no 1 Malaysia itu.

Pasukan Johor DT yang dibarisi oleh pemilik kelab Johor Darul Takzim sendiri dengan beberapa pengurusan tertinggi, kakitangan dan bekas pemain JDT.

Johor Darul Takzim menang 15-2

Perlawanan persahabatan tersebut telah diadakan di Stadium Sultan Ibrahim dengan JDT berjaya membenak Dashing HotFM dengan jaringan 15-2. TMJ berjaya mencetak nama sebagai penjaring 3 gol JDT.

Jaringan cantik Tunku Mahkota Johor

Untuk pengetahuan semua, skuad Bekpes HotFM dibarisi oleh penyampai radio mereka AG,Johan dan Khairy Jamaludin. Mereka turut dibarisi oleh artis terkenal yang lain seperti Amir Masdi, Tomok, Acey dan beberapa lagi nama besar industri hiburan tanah air.

Kemenangan bergaya Johor dikatakan oleh peminat yang hadir ke Stadium hasil dari gandingan mantap ketua jurulatih Johor Darul Takzim, Tano Solari dengan bekas Ketua Jurulatih JDT, Benjamin Mora.

TMJ berjaya menjaringkan dua gol menerusi rembatan cantik di luar kotak penalti. Manakala satu gol baginda adalah hasil gerakan cantik baginda mengelecek sebelum berdepan 1 vs 1 dengan penjaga gol Bekpes Hot FM.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *