Pemain JDT Arif Aiman sama level dengan Bruno Fernando

arif aiman jdt setaraf fernandes
arif aiman jdt setaraf fernandes

Jika pada artikel sebelum ini kami menulis mengenai kehebatan Bergson da Silva mengatasi Messi, Luiz Suarez dan M.Salah. Kali ini kami mahu memberikan statistik mengenai kemampuan jaringan Arif Aiman setaraf dengan Bruno Fernandes dari Manchester United.

Bergson atas Salah dan Messi

Antara statistik membanggakan pemain tempatan kita adalah Arif Aiman yang diiktiraf setaraf di pentas antarabangsa dengan Bruno Fernandes. Pemain winger Johor Darul Takzim itu mempunyai ketajaman dihadapan pintu gol sama banyak dengan Bruno Fernandes berdasarkan kepada Statistik Persekutuan Sejarah dan Statistik Bolasepak Antarabangsa.

Untuk makluman kedua-dua pemain ini berkongsi ranking ke-19 dalam senarai Penjaring Lelaki Terbaik Antarabangsa Dunia 2023 selepas Arif dan Fernando menjaringkan sembilan (9) gol bersama kelab masing-masing di peringkat antarabangsa.

Kedua-dua pemain berkongsi pecahan jumlah gol yang sama iaitu mereka menjaringkan 6 gol bersama pasukan kebangsaan masing-masing dan 3 gol ketika beraksi di peringkat antarabangsa bersama kelab.

Pertandingan yang dikira adalah melibatkan perlawanan kelas A diperingkat antarabangsa dan Liga Juara-juara AFC, Liga Europa EUFA, Liga Juara-juara EUFA.

Seorang lagi pemain dari Malaysia yang tersenarai adalah Darren Lok yang berjaya berada dalam kelompok 50 terbaik. Darren berjaya menghasilkan 8 gol.

Bagi pemain yang memegang tahta sebagaiĀ Men’s World Best International Goalscorer 2023 by IFFHS jatuh kepada pemain As Roma, Romelu Lukaku.

Pemain berusia 30 tahun itu berjaya menjadi pemain dikedudukan no 1 selepas mencatat 15 gol bersama pasukan kebangsaannya Belgium dan 7 gol ketika membantu AS Roma dan Inter Milan ketika perlawanan peringkat antarabangsa.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *