Michael Edward kapten kelab Eropah bakal menyertai Harimau Malaya ?

Tahun 2023 menjadi saksi kebangkitan luar biasa Harimau Malaya. Menang dan memberi saingan yang baik kepada beberapa negara yang mempunyai ranking lebih baik menjadikan Harimau Malaya antara pasukan yang berjaya untuk tahun 2023 di bawah jurulatih Kim Pan Gon.

Harimau Malaya boleh dikatakan berjaya selepas pemain-pemain warisan atau kacukan memberi sumbangan yang cukup baik untuk Malaysia. Ramai pemain kacukan yang bermain di luar negara menyatakan minat untuk menyarung jersi Harimau Malaya.

Pemain seperti Dion Cools, Matthew Davies, Dominic Tan, Darren Lok, Corbin Ong, Stuart Wilkin, Junior Eldstal dan ramai lagi yang berdarah kacukan memberi semangat juang yang tinggi untuk lencana di dada mereka.

Layak ke Piala Asia dan dipantau rapat perkembangan oleh Persatuan Bolasepak Antarabangsa FIFA menjadikan Harimau Malaya dilihat semula oleh pemain-pemain yang mempunyai pertalian darah Malaysia.

Michael Edward Clunan
Michael Edward Clunan

Dalam perkembangan terkini, terdapat seorang lagi pemain yang mempunyai peluang untuk dibawa masuk ke dalam pasukan Harimau Malaya yang mana pemain ini merupakan ketua pasukan untuk kelab Eropah.

Michael Edward Clunan merupakan pemain yang bermain untuk kelab Scunthorpe United. Kelab ini bermain untuk liga keenam Liga England. Pemain ini dikatakan mempunyai pertalian darah Malaysia yang mana keluarganya berasal dari Sabah. Pemain ini lahir di King’s Lynn United Kingdom

Untuk makluman semua, pemain ini baru menyertai kelab Scunthorpe namun telah diberi tanggungjawab untuk memimpin rakan sepasukannya selepas diberi lilitan kapten pasukan.

Pemain ini bermain untuk posisi tengah. Mampu beraksi di bahagian tengah, kehadiran Clunan ke pasukan kebangsaan berpotensi untuk menambah keampuhan skuad kendalian Kim Pan-gon pada masa akan datang.

Namun buat masa ini tiada sebarang respon daripada pihak Persatuan Bolasepak Malaysia sama ada mahu untuk merisik pemain ini dibawa ke Malaysia atau tidak. Pemain ini sudah pun berusia 29 tahun. Kewajaran mengambil pemain ini atau tidak harus dipertimbangkan sebaiknya oleh FAM.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *