Malaysia U-23 menang dengan China, Ini Amaran Jurulatih

Kemenangan pasukan Harimau Muda Malaysia bawah 23 tahun bukanlah satu tiket untuk anak buah Juan Torrres Gaarrido untuk terus berbangga dan terlena dibuat mimpi.

Untuk pengetahuan semua, kemenangan Malaysia U-23 bertemu China baru-baru ini adalah kejayaan melebur rekod tanpa kalah pasukan tembok besar itu keatas Harimau Muda selepas 12 taun.

Pertemuan diantara Harimau Muda vs China telah berlangsung sebanyak 17 kali. Malaysia hanya mampu seri 3 perlawanan dengan 14 kekalahan. Malaysia hanya mampu menang sekali iaitu baru-baru ini di Shanghai menerusi jaringan Harith Haiqal Adam Afkar pada minit-minit akhir perlawanan.

malaysia u-23 vs china u-23
malaysia u-23 vs china u-23

Ketua jurulatih pasukan negara, Juan Torres Garrido memperingatkan pemain-pemain muda negara untuk tidak leka dengan kemenangan yang mereka perolehi.

Jurulatih itu mahu anak buahnya terus mengekalkan kecemerlangan dengan memberi focus pada setiap perlawanan. Beliau turut mahu pemain-pemain menambahbaik aspek permainan mereka pada perlawanan akan datang.

Jurulatih tersebut turut mengatakan banyak lagi harus diperbaiki bagi memberi saingan di Piala Asia nanti. Namun dengan kemenangan keatas pasukan pilihan, China bawah 23 tahun Juan Torres menanggap ia satu permulaan langkah kanan.

Pasukan bawah 23 tahun negara kini sedang rancak membuat persiapan menjelang Piala Asia bawah 23 tahun 2024 yang akan bermula pada April 2024 nanti.

Malaysia U-23 Piala Asia (B-23) AFC 2024

Untuk makluman semua, pasukan negara layak secara automatik ke Piala Asia B-23 AFC 2024 selepas mereka mengharungi pusaingan kelayakan.

Pasukan yang berjaya menjadi tiga pasukan teratas akan layak ke Sukan Olimpik di Perancis nanti bagi mewakili benua AFC manakala pasukan keempat terbaik akan bermain secara play-off AFC-CAF bagi kelayakkan ke Olimpik.

Terdapat 16 negara yang akan beraksi ke kejohanan akhir Piala Asia B-23 AFC 2024. Malaysia layak selepas mengalahkan Bangladesh dengan jaringan 2-0. Malaysia turut membenam Filipina dengan jaringan 4-0 sebelum ditundukkan oleh Thailand 1-0.

Malaysia diundi dalam kumpulan D bersama-sama Uzbekistan U-23, Vietnam U-23, Kuwait U-23.

Mampukah pasukan Malaysia B-23 dalam kempen kali ini dan menjadi antara pasukan atau negara yang akan layak ke Olimpik Perancis nanti ? Sama-sama kita doakan yang terbaik.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *