Korea Selatan mahu aibkan Harimau Malaya selepas 35 tahun

Piala Asia 2023 pasti ditunggu-tunggu oleh seluruh peminat bolasepak tempat selepas pasukan kebangsaan berjaya layak secara merit ke kejohanan ini selepas 42 tahun.

Walaupun Harimau Malaya main pada Piala Asia 2017 namun ketika itu Malaysia layak sebagai tuan rumah. Sudah pasti layak dengan merit merupakan satu kepuasan seluruh peminat dan pemain.

Apa yang lebih membanggakan Malaysia akan bertemu dengan pasukan yang berada di ranking bawah 100 dunia dan Korea Selatan kini berada di ranking ke-23 dunia menjadi lawan buat anak buah Kim Pan Gon.

Korea Selatan mahu kalahkan Malaysia

Dalam rancak melihat persiapan rapi pasukan Japan dalam kejohanan kali ini, nampaknya Korea Selatan tidak mahu ketinggalan merebut gelaran juara di Piala Asia 2023, Qatar.

Dengan mempunyai pemain berpangkalan di Eropah seperti di Bayern Munich, Tottenham Hotspur, Paris-Saint German, Brentford dan Celtic. Korea mahu gelaran Juara jadi milik mereka dibawah kendalian jurulatih hebat Jurgen Klinsmann.

malaysia vs korea selatan
malaysia vs korea selatan

Korea mahu jadi juara kumpulan E Piala Asia

Jurulatih  Korea yang pernah mengendalikan pasukan seperti Bayern Munich, Hertha BSC dan negara German serta United States mahu Korea Selatan menjadi juara kumpulan E bagi melayakkan diri ke pusingan seterusnya lalu menjadi juara Piala Asia 2023.

Jika dilihat kepada rekod Korea Selatan dalam beberapa perlawanan mereka berjaya menang 6 dari 11 perlawanan dibawah kendalian Klinsmann. Mereka juga mengalahkan pasukan Vietnam dengan jaringan besar 6-0 pada perlawanan persahabatan yang lalu.

Jadi tidak hairanlah kalau kita katakan Korea Selatan merupakan ancaman terbesar Harimau Malaya dalam Piala Asia 2023 ini.

Rekod perlawanan Malaysia vs Korea Selatan

Tahukah anda kali terakhir Malaysia (Senior) bertemu Korea Selatan adalah pada 1989 yang lalu. Sudah 35 tahun Harimau Malaya tidak bertemu pasukan Korea Selatan yang mana pada perlawanan terakhir itu dimenangi oleh Korea Selatan dengan jaringan 3-0.

Daripada 47 perlawanan Korea vs Malaysia, Malaysia hanya menang 8 dan 10 kali keputusan seri. 29 perlawanan berjaya dimenangi oleh Korea Selatan.

Malaysia menang denga Korea Selatan

Namun begitu jangan kita katakan mustahil untuk Harimau Malaya menang keatas Korea Selatan

Kali terakhir Malaysia menang keatas Korea dalam skuad senior adalah pada tahun 1985. Selepas itu kejayaan manis bertemu Korea apabila pasukan bawah 23 tahun negara berjaya mengalahkan Korea bawah 23 tahun dengan jaringan 2-1.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *