Malaysia vs Bahrain: Keputusan Harimau Malaya tewas

Harimau Malaya memilih jalan paling sukar untuk layak kepusingan berikutnya apabila sekali lagi tewas dalam perlawanan peringkat kumpulan E. Malaysia tunduk 0-1 ditangan Bahrain dalam perlawanan sebentar tadi.

Malaysia yang turut dalam perlawanan ini memburu kemenangan sulung bagi menghidupkan kembali peluang untuk ke pusingan berikut ternyata gagak mencapai harapan dan hasrat peminat bolasepak tempatan.

Skuad kebangsaan bimbingan Kim Pan Gon berjaya untuk menunjukkan peningkatan mutu permainan diseparuh masa pertama apabila pemain-pemain Malaysia berjaya mengawal bola dengan tenang dan lama.

Malaysia vs Bahrain: Keputusan Harimau Malaya tewas

Namun masuk sahaja masa kedua, pertukaran yang dibuat oleh Bahrain berjaya memberi mereka kelebihan ball possession selain beberapa kali masuk ke kawasan berbahaya Malaysia dengan mudah.

Skuad kebangsaan gagal untuk mengawal bola dengan baik diseparuh masa kedua sehingga mereka hanya mampu memegang bola kurang dari 1 minit. Ini antara faktor besar kedatangan pasukan Bahrain ke arah pintu gol Malaysia.

Kegagalan skuad kebangsaan untuk yakin memegang bola akhir memakan diri apabila pada masa tambahan masa kedua, Bahrain berjaya mencipta gol dengan Ali Madan menyempurnakan bola yang jatuh dikakinya ketika sepakan percuma pasukan Bahrain diambil.

Bahrain berjaya menewaskan pasukan Malaysia dengan keputusan Bahrain 1-0 Malaysia. Bahrain berjaya mendapat 3 mata penuh dalam perlawanan ini dan secara tidak langsung akan mengekalkan kedudukan mereka ditangga ketiga kumpulan.

Untuk pengetahuan semua, Bahrain berjaya mengawal bola sebanyak 67% possession dengan 13 rembatan kearah pintu gol Malaysia.

Misi sukar layak ke pusingan berikutnya Piala Asia 2023

Ini secara tidak langsung menyukarkan atau menyempitkan peluang untuk pasukan negara layak ke pusingan berikutnya dalam Piala Asia 2023.

Malaysia wajib menang besar keatas Korea dengan syarat Bahrain kalah besar ditangan Jordan selain melihat beberapa group lain untuk mendapatkan peluang Malaysia layak ke pusingan berikutnya.

Secara tidak langsung, Korea dan Jordan telah layak secara tidak langsung ke pusingan berikutnya selepas mendapat 4 mata. Malaysia pula kini hanya berharap keajaiban luar biasa.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *