Jadual penuh Malaysia di Piala Asia 2023

Empat puluh dua (42) tahun, itulah tempoh penantian skuad Harimau Malaya untuk layak ke Piala Asia. Layak secara dramatik ke Piala Asia 2023 sudah pasti ramai yang mahu melihat kebangkitan Malaysia di pentas Asia. Mampukah kita melihat anak buah Kim Pan Gon memberi saingan untuk edisi kali ini ?

Untuk pengetahuan semua, Malaysia telah diundi dalam kumpulan E bersama-sama dengan pasukan Korea Selatan, Bahrain dan Jordan. Malaysia adalah pasukan yang kini berada di ranking terbawah dalam kedudukan FIFA (sehingga 15 Disember 2023) iaitu berada di ranking ke-130 dunia.

jadual malaysia di piala asia 2023
jadual malaysia di piala asia 2023

Manakala pasukan Korea Selatan berada di kedudukan ke-23 dunia. Bahrain pula berada di ranking ke-86 dunia dan Jordan berada di ranking ke-87 dunia. Walaupun bakal bertemu dengan negara yang mempunyai ranking lebih baik, rata-rata peminat memandang positif perkembangan bolasepak Malaysia. Jadi tidak hairan ada yang mengatakan bahawa Malaysia bakal layak kepusingan berikutnya.

Jadual bolasepak Asia 2023

Untuk pengetahuan semua, kejohanan Piala Asia 2023 akan membuka tirai pada 13 Januari 2024 dengan tuan rumah Qatar akan bertemu Lebanon.  Australia bertemu India dan China bertemu Tajikistan. Manakala Harimau Malaya akan memulakan kempen Piala Asia 2023 pada 16 Januari 2024. Berikut kami kongsikan kepada anda jadual penuh perlawanan

Malaysia vs Jordan Piala Asia 2023 Qatar

Untuk perlawanan pertama Malaysia akan bertemu Jordan. Perlawanan kedua-dua pasukan akan berlangsung pada 16/01/2024 iaitu pada hari Selasa. Jangkaan untuk sepak mula adalah pada jam 1.30 pagi di Stadium Al-Janoub (Al Wakrah).

Untuk rekod perlawanan pula, Malaysia bertemu Jordan sebanyak tiga kali dengan 2 kemenangan milik pasukan Jordan dan satu lagi perlawanan seri. Perlawanan kali terakhir kedua-dua pasukan adalah pada perlawanan persahabatan  6/10/2023 dengan Jordan menang 4-0.

Livestreaming Malaysia vs Jordan: Link 1 | Link 2 (akan dikemaskini)

Malaysia vs Bahrain 20 Januari 2024

Seterusnya Malaysia akan bertemu pasukan Bahrain yang berada di ranking ke-86 dunia pada aksi minggu kedua. Jangkaan perlawanan akan berlangsung pada 20 Januari 2024 pada jam 10.30 malam. Perlawanan ini akan berlangsung di Jassim Bin Hamad Stadium, Qatar.

Rekod perlawanan kita bertemu Bahrain adalah sebanyak 6 kali dengan 4 kemenangan milik Bahrain dan 2 kali seri. Kali terakhir kita bertemu pasukan ini adalah pada 11/06/2022 dengan keputusan penuh Malaysia 1-2 Bahrain.

Malaysia vs South Korea Piala Asia 2023

Untuk perlawanan akhir peringkat kumpulan kita akan bertemu Gergasi Asia, Korea Selatan. Walaupun menurut rekod kita berjaya menang 8 kali bertemu Korea Selatan. Namun apa yang harus kita sedar adalah mereka kini jauh dihadapan kita iaitu kita kalah 29 kali.

Kali terakhir Malaysia bertemu Korea adalah pada 05 Jun 1989 dengan keputusan penuh Malaysia 0-3 Korea. Untuk perlawanan Piala Asia kita akan bertemu Korea pada 25 Januari 2023 pada jam 7.30 malam waktu Malaysia.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *