Ini luahan Faisal Halim selepas dikritik hebat Piala Asia

Menang dijulang kalah ditendang atau ditanah itu perumpamaan yang sesuai buat pasukan Harimau Malaya baut masa ini apabila dikecam hebat oleh penyokong.

Bukan setakat pemain sahaja dipertikai oleh peminat malah jurulatih yang telah berjasa Kim Pan Gon tidak dapat lari dari kritikan pedas peminat-peminat bolasepak tempatan.

Berikut kami kongsikan luahan salah seorang pemain Harimau Malaya ketika kalah di pentas Piala Asia. Faisal Halim mengatakan apabila menang tiada seorang pun yang pertikai namun apabila kalah semuanya dibangkitkan.

Antara yang dikatakan Faisal Halim adalah taktikal yang  digunakan ketika bertemu Chinese Taipei dan menang tetapi digunakan di Qatar, Harimau Malaya terpaksa akur kalah.

Mereka mempertikaikan taktikal itu dan mempersoalkan kenapa taktikal itu digunakan di Piala Asia.

“Ramai orang mengadu tentang taktikal, tetapi lawan Chinese Taipei kita pakai taktikal sama tiada orang persoal, Faisal Halim dan Arif Aiman bermain pada posisi yang sama.”

“Apabila kita kalah, itu yang dibangkitkan, apabila lita menang orang tak nampak apa yang kita sedang buat.

Menurutnya lagi, pemain dalam pasukan nampak apa yang cuba diusahakan oleh Pan-gon bagi memastikan kemenangan menjadi milik negara.

“Pemain nampak apa yang jurulatih (Kim Pan-gon) mahukan, apa taktikal yang diperlukan. Bertemu Jordan kita tahu bahagian serangannya amat baik dan bermain secara direct football.”

“Itu yang cuba jurulatih buat, bermain 5 di bawah, kita nak kekuatan di bahagian kanan iaitu saya dan Arif Aiman dan ketinggian di sebelah kiri iaitu Corbin-Ong dan Romel Morales. Benda itu tidak menjadi yany terbaik untuk kita dan dipersoalkan,” jelasnya kepada Astro Arena.

Namun begitu, Faisal tetap positif untuk mendapatkan gol atau mata ketika bertemu Korea Selatan pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan

Harapan untuk Malaysia layak ke pusingan berikutnya telahpun tertutup.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *