Keputusan Indonesia vs Vietnam, Garuda kembali bernafas

Sang Garuda menarik nafas lega apabila akhirnya mereka berjaya menang selepas 6 perlawanan. Lebib bermakna apabila Indonesia berjaya menang dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan D mengalahkan pasukan pilihan untuk menang iaitu Vietnam.

Ini satu lagi keputusan mengejutkan dalam kumpulan D selepas Jepun kalah ditangan Iraq dalam perlawanan petang tadi. Kemenangan Indonesia keatas Vietnam membuatkan mereka berada dikedudukan ketiga kumpulan dan mencari tempat untuk layak ke pusingan berikutnya.

Piala Asia 2023: Keputusan Indonesia vs Vietnam

Bermain secara pressing dari awal minit permainan berjaya membuatkan Indonesia mendapat 3 mata penuh pada perlawanan pada 19 januari 2024.

Indonesia menang dengan keputusan:

gol asnawi indonesia menang ke atas vietnam
gol asnawi indonesia menang ke atas vietnam

Indonesia 1-0 Vietnam

Indonesia berjaya mendapatkan jaringan pada minit ke-42 menerusi sepakan penalti apabila pemain Indonesia Rafael Struick ditarik jatuh oleh pertahanan Vietnam dalam kotak penalti.

Indonesia tidak menyia-yiakan peluang yang diberikan apabila ketua pasukan Indonesia, Asnawi Mangkualam mengambil sepakan dengan tenang dan menghasilkan gol pada lewat separuh masa pertama.

Vietnam cuba bangkit dengan membentuk beberapa bentuk serangan untuk merobek gawang Indonesia. Pertahanan Indonesia diketuai Jordi Amad berjaya mengekang segala bentuk serangan pasukan Vietnam.

Perlawanan penuh dramatik ini semakin panas apabila pemain Vietnam dilayangkan kad merah pada lewat minit permainan separuh masa kedua selepas mengasari pemain Indonesia.

Namun begitu, tidak kenal putus asa Vietnam cuba melancarkan beberapa percubaan sehingga sepakan percuma hampir memberi jaringan penyamaan buat mereka. Namun kecekapan penjaga gol Indonesia menafikan segala percubaan dan sepakan percuma pemain Vietnam.

Tamat perlawanan Vietnam terpaksa akur kalah 2 perlawanan berturut-turut selepas bertemu Jepun dengan keputusan 4-2 dan Indonesia 2-1. Manakala Indonesia menarif nafas lega apabila berjaya menang selepas 6 perlawanan persahabatan yang hambar.

Rekod keputusan perlawanan Indonesia

  • Vietnam 0-1 Indonesia – 15.1.2024 | Piala Asia 2023
  • Indonesia 1-3 Iraq – 19.1.2024 |
  • Indonesia 0-5 Iran – 9.1.2024 |
  • Indonesia 1-2 Libya – 5.1.2024 |
  • Indonesia 0-4 Libyar – 2.1.2024 |

Rekod Keputusan perlawanan Vietnam

  • Indonesia 1-0 Vietnam 19.1.2024 | Piala Asia 2023
  • Japan 4-2 Vietnam 14.1.2024
  • Kyrgyzstan 2-1 Vietnam 9.1.2024
  • Iraq 1-0 Vietnam | 21.11.2023

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *