Jaguh dunia Indonesia diaibkan Iran menjelang Piala Asia 2023

Jaguh bolasepak Dunia, Indonesia diaibkan pasukan Iran menjelang Piala Asia 2023, Qatar. Sang Garuda yang hadir ke Piala Asia 2023 dengan cuba membuat persiapan rapi namun mereka terus diaibkan di peringkat antarabangsa.

Indonesia yang sebelum ini mengadakan 2 perlawanan bersama Libya tewas kedua-dua perlawanan dengan keputusan Indonesia 0-4 Libya dan perlawanan kedua dengan kekalahan tipis 2-1.

Indonesia lawan Iran sebelum Piala Asia 2023

Antara persiapan bagi menyiapkan sang garuda untuk terbang tinggi di Piala Asia, pasukan kebangsaan itu telah mengadakan perlawanan tertutup bertemu Iran.

Ini adalah sebahagian daripada proses untuk negara jiran itu menyiapkan pemain-pemain mereka. Namun keputusan daripada perlawanan tersebut cukup mengaibkan apabila Indonesia tewas besar ditangan Iran.

Keputusan Indonesia vs Iran

Indonesia 0-5 Iran.

Perlawanan persahabatan bertemu Iran itu diadakan di pusat latihan Al-Rayyan, Qatar. Jurulatih Indonesia telah menurunkan antara pemain terbaik mereka ketika bertemu gergasi Asia itu.

Namun Iran yang kini berada diranking ke-21 terbaik dunia ternyata berada dikelas mereka sendiri. 3 jaringan di separuh masa pertama menunjukkan bahawa Indonesia yang berada di ranking ke-146 dunia bukanlah cabaran besar buat mereka.

Penjaring gol Iran bertemu Indonesia

Jaringan gol Iran telah dijaringkan oleh pemain Saman Ghaddos seawal minit ke-3, sebelum Rouzbeh menambah jaringan pada minit ke-22.

Indonesia yang cuba mencari gol malah mereka pula dibolosi untuk kali ketiga pada minit ke-36. Iran yang berasa dipadang latihan mengendurkan serangan ke pintu gol Indonesia.

Iran kembali mencari gol diseparuh masa kedua dan berhasil mendapat 2 jaringan pada minit ke-70 dan 87 menerusi pemain Mehdi Ghayedi.

Apa yang menarik Iran hanya bermain 10 orang pada 10 minit terakhir separuh masa pertama. Ini menjadikan Indonesia terus tewas dalam 3 perlawanan terakhir mereka.

Indonesia untuk Piala Asia 2023 ini diletakan dalam kumpulan D bersama-sama Japan, Iraq dan Vietnam. melihat kepada perkembangan semasa, jaguh dunia ini nampak sukar untuk layak ke pusingan berikutnya.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *