Pemain Harimau Malaya Yang Bakal Terlepas ke Piala Asia 2023 Qatar

Piala Asia 2023 bakal membuka tirai tidak lama lagi. Kurang daripada satu (1) bulan sahaja lagi kempen Piala Asia 2023 bakal membuka tirai di Qatar. Harimau Malaya sudah pasti mahu mengaum di kejohanan kali ini dengan persiapan rapi dilakukan.

Walaupun aksi bertemu Arab Saudi dibatalkan oleh pengendali pasukan negara Arab itu, Roberto Mancini. Harimau Malaya bakal membuat aksi pemanas badan dengan negara Syria.

Namun apa yang merisaukan disaat ini adalah keadaan pemain-pemain Harimau Malaya. Dikatakan terdapat beberapa pemain yang mempunyai merit itu dipanggil ke Piala Asia 2023 harus dilupakan disebabkan beberapa faktor kecederaan.

pemain terlepas ke piala asia 2023
pemain terlepas ke piala asia 2023

Pemain Malaysia Yang Bakal Terlepas ke Piala Asia 2023 Qatar

Antara pemain utama yang sedang dalam tempoh pemulihan adalah pemain pertahanan negara, La’vere Corbin Ong. Pemain pertahanan ini cedera ketika aksi perlawanan akhir Piala Malaysia 2023.

Corbin Ong dalam aksi terakhir bersama Johor Darul Takzim tidak diturunkan oleh pengendali JDT Tano Solari. Bahkan pengendali Harimau Selatan itu turut memaklumkan terdapat seorang lagi pemain negara yang tidak dapat diturunkan dalam aksi bertemu BG Pathrum iaitu Hong Wan.

Jadi jika dilihat pada masa ini, kemungkinan besar dua pemain ini akan terlepas ke Piala Asia 2023 nanti.

Selain itu, seorang pemain Terengganu yang dilihat mampu untuk mengisi tempat di dalam pasukan Harimau Malaya iaitu Ubaidullah Shamsul. Pemain ini menunjukkan persembahan yang baik ketika bersama Terengganu.

Namun hasrat peminat untuk melihat pemain ini bersama pasukan negara boleh lupakan sementara apabila pemain ini disahkan mengalami ACL ketika aksi perlawanan akhir bertemu JDT dalam Final Piala Malaysia 2023.

Pemain ini dikatakan perlu berehat selama 6 minggu bagi tempoh pemulihan. Hasrat penyokong Terengganu untuk pemain ini dipanggil bersama skuad Harimau Malaya nampak pudar.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *