Sah Corbin Ong tidak akan beraksi bertemu Jordan

Dalam perkembangan terkini Piala Asia 2023, Qatar pasukan kebangsaan Malaysia terpaksa melupakan khidmat pertahanan kiri, La’Vere Corbin Ong. Pemain pertahanan Johor Darul Takzim itu sah tidak akan diturunkan dalam perlawanan pembuka kumpulan E Harimau Malaya bertemu Jordan.

Hal ini disebabkan pemain itu mengalami kecederaan. Berita kehilangan Corbin Ong didedahkan dalam satu siaran Astro Arena oleh wartawan sukan, Zulhelmi Zainal Azam.

Corbin Ong cedera menjelang Piala Asia

Sebenarnya kecederaan Corbin Ong telah bermula ketika perlawanan akhir Piala Malaysia 2023. Pemain pertahanan JDT ini dikeluarkan oleh jurulatih selepas 2 minit memasuki separuh masa kedua perlawanan tersebut.

Corbin Ong diterjah pada separuh masa pertama oleh pemain Terengganu sehingga menjerit kesakitan. Semangat beliau untuk meneruskan perlawanan separuh masa kedua tidak berjaya sehingga tamat permainan.

corbin ong sah tak main bertemu jordan
corbin ong sah tak main bertemu jordan

Corbin Ong Sah tidak main bertemu Jordan

Harapan besar peminat bolasepak Malaysia untuk melihat pemain ini beraksi selepas namanya disenaraikan dalam kem latihan Harimau Malaya bakal terkubur untuk perlawanan pertama bertemu Jordan.

Ini selepas pemain ini tidak diturunkan Kim Pan Gon ketika Malaysia bertemu Syria pada 8 Januari lalu. Tempat pemain itu telah digantikan oleh pemain pertahanan dari Sabah iaitu Daniel Ting. Berdasarkan pendedahan wartawan Astro Arena, tempat itu digantikan oleh Kim Pan Gon bagi memberi keserasian Daniel Ting dengan pasukan kebangsaan.

Menurut Zulhelmi Corbin Ong tidak akan turun bertemu Jordan nanti. Malaysia akan bertemu pasukan Jordan pada 16 Januari ini kurang dari seminggu sahaja lagi. Maka tempat Corbin Ong akan digantikan sepenuhnya oleh Daniel Ting akibat daripada kecederaan Corbin Ong.

Siaran Langsung Malaysia vs Jordan Piala Asia 2023 16.1.2024

Namun apa-apapun kita doakan yang terbaik buat Corbin Ong dan mendoakan agar Daniel Ting mampu mengalas tugas sekiranya digunakan oleh Kim Pan Gon pada Piala Asia 2023 nanti.

Semoga Harimau Malaya mampu membawa kejayaan yang besar buat seluruh peminat bolasepak tempatan. Malaysia akan bertemu Bahrain pada perlawanan kedua selepas Jordan pada 20 Januari 2024

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *