VIDEO PENYOKONG NEGERI SEMBILAN DIPUKUL BAKAR BENDERA TERENGGGANU SELEPAS FINAL PIALA MALAYSIA | BETULKAH INI ?

Selepas aksi Final semalam, timbul cerita hangat mengenai tindakan Provokasi seorang penyokong Negeri Sembilan yang dikatakan membakar bendera negeri Terengganu di kawasan tempat letak kereta penyokong Terengganu yang mana mengundang padah apabila dia dibelasah sekumpulan penyokong Terengganu yang berang dengan tindakan pelaku terbabit. Kejadian berlaku sejurus selepas tamatnya Final Piala Malaysia malam tadi dengan menyaksikan Terengganu tewas 1-2 kepada Negeri Sembilan.
Tindakannya yang cuba menyelamatkan diri dengan melarikan diri ke dalam sebuah bas penyokong Terengganu memburukkan lagi keadaan. Meskipun ada segelintir penumpang yang simpati, lelaki tersebut terus dipukul.Lelaki tersebut dibelasah beramai-ramai oleh penyokong bola sepak Terengganu kerana tindakannya yang didakwa telah membakar bendera Negeri Terengganu serta mencetuskan provokasi setelah pasukan Terengganu tewas 1 – 2 kepada Negeri Sembilan.
Apa yang dikesalkan jika benar kejadian seumpama ini berlaku adalah sikap pelaku terbabit yang tidak menghormati lambang kebesaran sesebuah negeri, dan tindakan membakar bendera ini adalah satu tindakan yang sememangnya wajar dikutuk oleh semua pihak. Namun kejadian ini tidaklah menggambarkan keseluruhan rakyat Negeri Sembilan yang sememangnya juga tidak bersetuju dengan tindakan pelaku..Itupun jika benar kejadian ini berlaku seperti digembar gemburkan dalam blog-blog di Malaysia.
**admin sendiri belum mendapat kesahihan berita ini..ada sesiapa yang boleh sahkan…adakah dibawah ini video berkaitan dengan kejadian ini…