Posts tagged TERBUKA HONG KONG 2011
BADMINTON TERBUKA HONGKONG |PERHITUNGAN LEE CHONG WEI DAN LIN DAN DI SEPARUH AKHIR HARI INI
0
lee chong wei sekali lagi akan berdepan musuh tradisinya Lin Dan di separuh akhir terbuka hong kong hari ini
Pemain badminton no 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei tidak berdepan masalah untuk melangkah ke separuh akhir pada Kejohanan Terbuka Hong Kong/Super Series Yonex Sunrise Hong Kong Open 2011 semalam.Pemain utama negara itu mara selepas menewaskan pemain India, Ajay Jayaram pada perlawanan suku akhir. Datuk Lee Chong Wei hanya mengambil masa 31 minit untuk menewaskan Ajay 21-16, 21-13 pada kejohanan bernilai AS$250,000 (RM791,301) itu.
Perlawanan sebenar Lee Chong Wei adalah di separuh akhir apabila bertemu mush tradisinya dari China iaitu Lin Dan hari ini. Lin Dan, pemenang pingat emas Sukan Olimpik Beijing 2008, turut berjaya melangkah ke separuh akhir apabila berjaya menumpaskan pemain dari Korea Selatan, Shon Wan Ho 21-15, 21-18 dalam masa 40 minit.
Turut layak ke saingan separuh akhir ialah pemain No. 2 dunia, Chen Long dari China yang mengatasi pemain India, R.M.V Gurusaidutt dengan 21-13, 23-21. Chen Long akan menentang seorang lagi pemain China, Jin Chen.
Perlawanan ini akan disiarkan siaran langsung di Astro Supersport 811 jam 1.00 pm. Datuk Lee Chong Wei akan turun pada perlawanan ketiga di peringkat separuh akhir terbuka Hong Kong 2011. livescore –>>DISINI…
OR
**sila like FAN PAGE PORTAL SUKAN DI FACEBOOK -untuk info terkini
Jadual Perlawanan Badminton Separuh Akhir Terbuka Hong Kong
**Keputusan Semasa /Terkini Separuh Akhir Terbuka Hong Kong 2011
LEE CHONG WEI VS LIN DAN
SET 1 : 16 – 21 – Lee Chong Wei tewas set pertama…
SET 2 : 14-21 – tewas lagi…
Lin Dan layak ke final menanti pemenang antara Chen Long vs Chen Jin….