Posts tagged T-TEAM
LIGA SUPER 2 MAC 2012 – T-TEAM VS SARAWAK LIVE ASTRO ARENA 801
1KEPUTUSAN TERKINI DAN SIARAN LANGSUNG ASTRO ARENA T-TEAM VS SARAWAK 2 MAC 2012
KEPUTUSAN PENUH LIGA SUPER
T-TEAM vs SARAWAK
1 : 0
Faiz Subri min 66
Liga Super memulakan kembali aksi selepas berehat beberapa minggu dengan menyaksikan hanya satu perlawanan akan berlangsung hari ini 2 Mac 2012. Perlawanan T-Team vs Sarawak di Stadium Sultan Ismail Nasirudin Shah, Kuala Terengganu.
Perlawanan ini akan disiarkan siaran langsung di Astro Arena 801 bermula jam 8.45 malam.Link Live Streaming akan dikongsikan hanya jika ada sahaja.
T-TEAM SENARAI BEKAS PEMAIN KEBANGSAAN HADAPI LIGA SUPER MUSIM HADAPAN
0
Bekas pemain kebangsaan dan Selangor Fadly Saari adalah antara sembilan muka baru yang akan memperkuatkan pasukan T-Team bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2012.
Jurulatih Yunus Alif berkata Fadly yang berasal dari Pahang akan digandingkan dengan pemain import yang berasal dari Zambia, Zacharia Simikounda di barisan serangan.
“Kita sedang mengintai seorang dua lagi pemain untuk memantapkan barisan serangan,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Menurut Yunus bekas penjaga gol Selangor, lqbal Suhimi dan bekas pemain pertahanan pasukan KL FC Mohd Dzaidin Izzuddin juga akan menyertai pasukan T-Team.
Turut menyertai pasukan T-Team ialah bekas pemain Kedah, Sharil Faizal Shabuddin dan dua orang bekas pemain Perlis Faiz Subri dan Wan Khairul Kamaruddin, katanya.
Yunus berkata tiga lagi muka baru merupakan bekas pemain Terengganu iaitu Wan Mohd Alif Jasmi, Mohd Zharis Hasna dan Mohd Hassan Basri.
Beliau berkata T-Team mengekalkan 15 pemain musim lepas termasuk bekas penjaga gol kebangsaan Shamsuri Mustafa, Rosdi Talib, Zairo Anuar Zailani dan Tengku Hasbullah Raja Hassan.
Katanya Shamsuri masih lagi dalam kecederaan dan dijangka tidak dapat diturunkan pada awal musim.
Beliau berkata T-Team akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan beberapa pasukan termasuk pasukan Felda United, Angkatan Tentera Malaysia dan Kelantan sepanjang bulan ini sebelum menentukan posisi setiap pemain.
sumber – BERNAMA

