Posts tagged SIARAN LANGSUNG ASTRO ARENA N.SEMBILAN VS TERENGGANU
JADUAL DAN SIARAN LANGSUNG LIGA SUPER 17 APRIL 2012 RTM1 DAN ASTRO ARENA
0JADUAL DAN SIARAN LANGSUNG LIGA SUPER 17 APRIL 2012 RTM1 DAN ASTRO ARENA 801
Perlawanan Liga Super pada 17 April 2012 malam ini, bakal memasuki perlawanan pusingan kedua untuk kesemua pasukan kecuali Lions XII yang sudah bermain 16 perlawanan.
7 lagi perlawanan liga super akan berlangsung malam ini. Perlawanan yang mengulangi perlawanan pada minggu lalu ini merupakan medan pasukan yang tewas, untuk menebus kekalahan.
Perlawanan yang menjadi tumpuan, adalah perlawanan T-Team vs Kelantan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah. Kedua-dua pasukan berkongsi satu mata pada perlawanan minggu lalu.
Menarik untuk melihat samada Kelantan mampu untuk tidak keciciran mata memandangkan Lions XII masih berada dihadapan dan Kelantan mempunyai kelebihan 3 perlawanan.
Perlawanan di Stadium Jalan Besar juga akan menjadi tumpuan malam ini, setelah PKNS meleburkan rekod 10 kemenangan Singapore Lions XII pada minggu lalu hasil kemenangan 1-0.
Perlawanan Lions XII vs PKNS Selangor akan disiarkan siaran tertunda di Astro Awani pada jam 8.30 malam ini. Perlawanan sebenar bermula jam 7.45 malam.
Sementara itu di Stadium Ipoh, Perak akan melayan kunjungan Sabah selepas Perak menundukkan Sabah 3-1 di Likas minggu lalu. Perlawanan ini juga menarik kerana kita mungkin bakal menyaksikan kelibat dua orang pemain import baru.
Seorang dari pasukan Perak yang menggantikan Lazar Popovic iaitu Albert Dika dari Cameroon. Sementara pemain import baru Sabah yang menggantikan Michael Baird adalah Hendrik Helmke dari Jerman. Jangan lupa, saksikan siaran langsung Perak vs Sabah live di RTM1 jam 8.45 malam ini.
Negeri Sembilan pula akan melayan kunjungan Terengganu di Paroi malam ini. Saksikan siaran langsung Negeri Sembilan vs Terengganu live di Astro Arena 801.
Jadual Penuh Liga Super 17 April 2012
Lions XII vs PKNS Selangor - Stadium Jalan Besar, Singapore – 7.45 malam ; siaran tertunda astro awani 501 jam 8.30 malam
Perak vs Sabah – Stadium Ipoh – siaran langsung dan live streaming RTM1 jam 8.45 malam
Negeri Sembilan vs Terengganu – Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi ; siaran langsung di Astro Arena 801
T-Team vs Kelantan – Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, K.Terengganu- 8.45 malam
Selangor vs Johor FC – Stadium Shah Alam – 8.45 malam
Felda United vs Kuala Lumpur – Stadium Hang Jebat, Melaka – 8.45 malam
Sarawak vs Kedah – Stadium Negeri, Kuching – 8.15 malam
Live Streaming Perak vs Sabah 17 April 2012 – RTM TV1
**Keputusan semasa dan terkini liga super 17 april 2012 akan diupdated nanti.

