Posts tagged siaran langsung

LIGA-SUPER2

PLAYOFF LIGA SUPER 17 JULAI 2012 KEDAH VS SABAH DAN PAHANG VS SARAWAK

0

SLOT TERAKHIR LIGA SUPER 2013 – BAKAL DIREBUT DALAM PLAYOFF MALAM INI

LIGA SUPER2 PLAYOFF LIGA SUPER 17 JULAI 2012 KEDAH VS SABAH DAN PAHANG VS SARAWAK

Hanya tinggal satu slot Liga Super 2013 untuk diisi yang menjadi rebutan empat pasukan Liga Malaysia pada musim ini. Sarawak, Kedah dan Sabah dari Liga Super manakala naib juara Liga Perdana, Pahang kini bakal bersaing sengit pada pusingan play-off dalam misi menggenapkan 12 pasukan bagi kancah Liga Super musim depan.

Kelantan, Lions X11, Selangor, Perak, Terengganu, Negeri Sembilan, PKNS, T-Team, Johor FC dan Felda United serta juara Liga Perdana, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) antara pasukan mengesahkan kempen bagi musim akan datang.

Mengikut jadual play-off yang bakal berlangsung malam esok, Kedah menentang Sabah di Stadium Hang Tuah, manakala Sarawak berdepan Pahang di Stadium Hang Jebat, Melaka.

Pemenang format kalah mati itu akan berentap di final pada 19 Julai ini yang mana hanya satu pasukan sahaja beraksi dalam liga elit musim depan.

Keputusan terkini dan penuh playoff liga super 17 julai 2012 antara Kedah vs Sabah dan Pahang vs Sarawak akan dibawakan dari masa ke semasa.

Info siaran langsung dan live streaming akan dikongsikan jika ada.

Keputusan Playoff Liga Super 2013 – 17 Julai 2012

1. Kedah 1 vs 0 Sabah, Stadium Hang Jebat Melaka -8.45 malam

2. Pahang 1 vs 0 Sarawak, Stadium Hang Tuah Melaka – 8.45 malam – LIVE ASTRO ARENA 801

-LIVE STREAMING PAHANG VS SARAWAK LINK<—

-SABAH DAN SARAWAK TURUN KE LIGA PERDANA MUISM 2013-

FINAL PLAYOFF LIGA SUPER 19 JULAI 2012

Pahang vs Kedah

ROZAIMI ABD RAHMAN

PELUANG SKUAD MALAYSIA B22 MASIH TERBUKA – MISI WAJIB MENANG MENENTANG VIETNAM DAN MYANMAR

4

KELAYAKAN PIALA ASIA B22 TAHUN – SKUAD ONG KIM SWEE WAJIB MENANG BAKI DUA PERLAWANAN TERAKHIR

ROZAIMI ABD RAHMAN PELUANG SKUAD MALAYSIA B22 MASIH TERBUKA   MISI WAJIB MENANG MENENTANG VIETNAM DAN MYANMAR

SENTUHAN ROZAIMI SEKALI LAGI DIHARAPKAN MEROBEK GAWANG VIETNAM PETANG INI

Skuad bawah 22 tahun negara yang beraksi di kelayakan Piala Asia b22 di Myanmar, perlu menang baki 2 perlawanan terakhir menentang Vietnam B22 (hari ini) dan Myanmar B22 pada 3 Julai depan.

Jurulatih Ong Kim Swee menegaskan tiada jalan lain untuk layak ke pusingan akhir secara automatik selain dari mengutip mata maksimum dalam kedua-dua perlawanan tersebut.

“Peluang masih ada (untuk menduduki tempat kedua Kumpulan G) tetapi terlebih dahulu, kami harus memberikan perhatian aksi menentang Vietnam, seterusnya perlawanan dengan Myanmar.

Skuad negara yang kini menduduki tangga ketiga dengan 6 cuma dibezakan satu mata dengan Korea dan Myanmar yang mempunyai 7 mata.

Myanmar mempamerkan permainan yang baik selepas berjaya mengikat Korea Selatan dalam perlawanan ketiga mereka 2 hari yang lalu.

“Saya tidak mahu memikirkan mengenai keputusan seri antara Korea Selatan dan Myanmar, sebaliknya saya lebih berminat fokus pada aksi Vietnam yang mana kami wajib.

Menentang Vietnam U22 yang dilihat bermula kurang menyakinkan namun kembali menemui rentak permainan dalam dua perlawanan terakhir mereka, Malaysia perlu berhati-hati dan memberikan fokus terlebih dahulu kepada Vietnam sebelum memikirkan untuk menyingkirkan Myanmar U22.

Ini kerana skuad Vietnam, rata-rata masih mempunyai beberapa pemain yang menjadi semifinalis Sukan Sea yang lalu ketika mereka tewas kepada Indonesia.

“Vietnam merupakan sebuah pasukan yang baik, cukup pantas di bahagian serangan dan juga benteng pertahanan. “Jadi, saya berharap kami dapat mencatatkan kemenangan yang ketiga sebelum bersiap sedia pada aksi menentang Myanmar Sabtu ini”.

Ong Kim Swee turut berasa lega setelah kembalinya pemain sayap lincah, Wan Zack Haikal yang digantung 3 perlawanan. Kehadiran Wan Zack sudah pastinya memberi kekuatan di bahagian sayap skuad negara.

Dengan prestasi semasa penyerang Rozaimi Abd Rahman yang kini penjaring terbanyak kelayakan ini dengan 6 gol, Malaysia mampu untuk menewaskan Vietnam petang ini.

Irfan Fazail sekali lagi diharapkan untuk mengemudi jentera tengah bersama-sama Gary Robbat. Sambil barisan pertahanan bakal diterajui Fadhli Shas sekali lagi.

Cuma masalah kecergasan pemain yang menjadi kerisauan bagi Ong Kim Swee memandangkan waktu rehat yang singkat dan pemain perlu kembali menjalani sedikit latihan sebelum perlawanan.

Dua pasukan teratas dalam setiap kumpulan akan layak secara automatik ke pusingan akhir Piala Asia B22 yang akan dilangsungkan tahun depan 2013 dimana venue masih belum dinyatakan.

Pasukan yang menduduki tangga ketiga terbaik keseluruhan kelayakan ini akan mendapat satu slot untuk layak ke pusingan akhir. (berdasarkan jumlah mata dan perbezaan jaringan yang tertinggi)

Jadi 15 pasukan akan layak ke pusingan akhir selepas kelayakan ini dan dicampur dengan satu pasukan yang menjadi tuan rumah kejohanan ini nanti. Kesemuanya 16 pasukan akan berentap di pusingan akhir Piala Asia B22 2013.

Keputusan terkini dan penuh Malaysia u22 vs Vietnam u22 30 Jun 2012 akan dibawakan dari masa ke semasa. Tiada siaran langsung perlawanan ini atau live streaming.

KEPUTUSAN TERKINI PERLAWANAN DISINI<<–

Go to Top