Posts tagged SENARAI 16 PASUKAN EURO 2012
PORTUGAL DAN REP CZECH MELANGKAH BERGAYA KE SAINGAN AKHIR EURO 2012| REP IRELAND DAN CROTIA LENGKAPI SENARAI 16 PASUKAN EURO 2012
0
Keputusan Penuh Playoff Euro 2012
Portugal 6 vs 2 Bosnia Herzegovina – Portugal layak dengan agregat 6-2
Christiano Ronaldo min 8, 53′ Nani min 24 Heldar Postiga min 72, 82′ Miguel Veloso min 80 Republik Czech 1 vs 0 Montenegro – Rep Czech layak dengan agregat 3-0 Jiracek min 81Republik Ireland 1 vs 1 Estonia – Rep Ireland layak dengan agregat 5-1
ward min 32 — vassiljev min 52
Crotia 0 – 0 Turki – Crotia layak dengan agregat 3-0Portugal, Republik Ireland, Republik Czech dan Crotia melengkapkan senarai 16 pasukan layak ke Euro 2012 Poland-Ukraine selepas menewaskan lawan masing-masing di perlawanan kedua playoff kelayakan Euro 2012.
Portugal melangkah penuh gaya ke saingan akhir Euro 2012 Poland-Ukraine apabila membelasah Bosnia Herzegovina yang bermain 10 orang 6-2 di tempat sendiri awal pagi tadi. Portugal yang diikat tanpa jaringan oleh Bosnia di gelanggang lawan minggu lalu tampil dengan kelas tersendiri apabila meledak 6 gol dalam playoff kedua dengan 2 gol masing-masing menerusi pemain sensasi Real Madrid Christiano Ronaldo dan Helder Postiga. Pemain sayap Manchester United, Nani turut menyumbang satu gol, juga satu gol oleh Miguel Veloso. Sementara gol Bosnia dijaringkan oleh Zvjezdan Misimovic menerusi penalti dan Medunjanin.
Republik Ireland menepati ramalan untuk layak setelah menang selesa di perlawanan pertama 4-0 ke atas Estonia biarpun di ikat 1-1 awal pagi semalam. Rep Ireland layak dengan agregat 5-1. Sementara Crotia yang juga menang selesa 3-0 ke atas Turki di playoff pertama minggu lalu, turut layak ke pusingan akhir walaupun di ikat tanpa jaringan oleh Turki.

kapten rep. ireland robbie keane meraikan kejayaan ireland layak ke EURO 2012 membenam cabaran Estonia semalam
Republik Czech mengisi slot terakhir ke pusingan akhir Euro 2012 setelah menewaskan Montenegro 1-0 awal pagi semalam. Rep. Czech yang berkelebihan 2 gol ke atas lawannya itu layak dengan agregat 3-0. Gol kemenangan Rep. Czech dijaringkan oleh P.Jiracek.
Senarai 16 Pasukan layak ke pusingan akhir Euro 2012 Poland-Ukraine
Poland (co-hosts- layak automatik)
Ukraine (co-hosts- layak automatik)
Spain (juara bertahan -layak automatik)
Croatia
Czech Republic
Denmark
England
France
Germany
Greece
Italy
Netherlands
Portugal
Republic of Ireland
Russia
Sweden
Undian kumpulan pusingan akhir Euro 2012 akan dilangsungkan di Kyiv pada 2 Disember 2012. Euro 2012 akan berlangsung di Poland-Ukraine sebagai penganjur bersama dan bermula pada 6 Jun 2012 sehingga 1 Julai 2012.

