Posts tagged S.C BEIRA-MAR

nazmi-faiz-mansor-sc-beira-mar-portugal

NAZMI FAIZ TIDAK SABAR BERAKSI DI PORTUGAL

1

TINGGAL SEBULAN SEBELUM BERAKSI DI EROPAH, NAZMI SEMAKIN TERUJA

nazmi faiz mansor sc beira mar portugal NAZMI FAIZ TIDAK SABAR BERAKSI DI PORTUGAL

Perancang utama Harimau Muda, Muhammad Nazmi Faiz Mansor sudah bersedia untuk memperlihatkan aksi dan cabaran terbaik apabila menyarung jersi Beira-Mar bulan depan.

Nazmi yang muncul sebagai pemain pertama negara beraksi di Liga Portugal berkata, persiapan dari segi fizikal dan mental bertambah baik sambil mengakui teruja untuk beraksi bersama kelab Portugal tersebut.

Katanya, dia optimis mampu menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca di Eropah berbekalkan pengalaman menjalani sesi pemilihan pemain Beira-Mar bulan lalu.

“Selepas menjalani ujian tersebut, saya yakin tiada masalah berhubung penyesuaian diri dari faktor cuaca, pemakanan dan corak permainan di sana.

“Fokus utama saya adalah memberikan aksi terbaik ketika beraksi di Portugal kelak. “Selain itu, saya juga mahu menumpukan perhatian bersama skuad Harimau Muda atau Malaysia u22 yang akan menentang skuad Qatar U22 pada 17 Jun 2012 iaitu Ahad ini,” kata beliau kepada pemberita ketika ditemui pada majlis kesyukuran di Lembah Keramat, Kuala Lumpur malam tadi.

Sementara itu, bapa Nazmi, Mansor Mustapha memberitahu bahawa anaknya bakal menandatangi kontrak secara rasmi bersama Beira-Mar pada 17 Ogos ini.

Jelasnya, Nazmi akan ditemani kakaknya, Dr. Nazirah Farhah yang dilihat langkah terbaik untuk memberikan sokongan dari ahli keluarga terdekat.

Malah, Mansor  yakin kehadiran Nazirah mampu menyuntik motivasi pemain itu untuk memberikan persembahan mantap ketika bersama Beira-Mar.

“Nazmi bakal menandatangani kontrak pada 17 Ogos ni secara rasmi selepas usia Nazmi genap 18 tahun. “Ejen Nazmi bersama jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee akan menyelesaikan urusan berkait dengan permit kerja dan sebagainya bersama kedutaan Malaysia di sana. ”Saya juga berdoa supaya dia berjaya di sana dan mengucapkan terima kasih kepada yang menyokong karier Nazmi. “Dan, saya yakin dengan kehadiran ahli keluarga ketika Nazmi berada di Eropah mampu memberikan semangat lebih kepada Nazmi nanti,” katanya.

Pemain berusia 18 tahun itu berjaya mengikat kontrak tiga tahun bersama kelab Portugal tersebut. Kejayaan Nazmi itu hadir sejurus pemain kelahiran Kuala Lumpur itu berjaya menarik perhatian pihak pengurusan Biera-Mar pada ujian pemilihan pemain pada Mei lalu.

CRAIG BELLAMY NAZMI FAIZ

VIDEO : PESANAN CRAIG BELLAMY BINTANG LIVERPOOL KEPADA NAZMI FAIZ

0

VIDEO -PESANAN CRAIG BELLAMY KEPADA NAZMI FAIZ MANSOR DI S.C BEIRA MAR

CRAIG BELLAMY NAZMI FAIZ VIDEO : PESANAN CRAIG BELLAMY BINTANG LIVERPOOL KEPADA NAZMI FAIZ

Kejayaan wonderkid Malaysia, Nazmi Faiz Mansor mengikat kontrak bersama kelab Divisyen Satu Portugal, SC Beira-Mar bukan sahaja membuka mata pemerhati di Asia, malah turut menarik perhatian Craig Bellamy.

Ketika kunjungannya ke Singapura, bintang Liverpool itu sempat memberikan nasihat kepada pemain Harimau Muda berusia 17 tahun itu dalam temu bualnya bersama ESPNSTAR.com di sana.

“Jangan mudah berputus asa dan cuba sedaya upaya untuk sering meningkatkan diri. Hargai dan sentiasa mengingati rakan-rakan, ahli keluarga serta cuba sedaya upaya dan buat apa yang termampu kerana ia hanyalah satu permainan.

“Sekiranya dia (Nazmi) kembali ke Malaysia kerana tidak dapat terus kekal di sana, jangan fikir yang dia telah gagal. Sebaliknya dia harus berpuas hati dan menikmati setiap detik di Portugal dan ia pastinya satu penghormatan yang amat tinggi kerana dapat bermain di sana,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Nazmi akan beraksi buat kali terakhir di Malaysia pada perlawanan persahabatan menentang skuad B-22 Timor Leste 17 Jun nanti di Wisma FAM, Kelana Jaya.Selepas itu,

Nazmi bakal meneruskan aksi  kompetitifnya bersama Skuad Harimau Muda di Myanmar dalam saingan kelayakan Piala AFC B-22 bermula 21 Jun hingga 4 Julai sebelum memulakan latihan bersama Beira-Mar Ogos nanti.

sumber – espnstar.my

VIDEO – TEMUBUAL EKSKLUSIF – CRAIG BELLAMY

via – speedgoalmalays

Go to Top