Posts tagged QPR
QPR VS SABAH XI 17 JULAI 2012 – PERLAWANAN PERSAHABATAN SABAH JADI PILIHAN QPR ASIATOUR
0QPR VS SABAH XI 17 JULAI 2012 PERLAWANAN PERSAHABATAN QPR ASIATOUR|FRIENDLY MATCH
Keputusan Penuh QPR ASIATOUR 2012
FT
Sabah VI vs QPR
0 : 5
Bobby Zamora 8′, Heidar Helguson 65′, Jay Bothroyd 73′, Djibril Cisse-2 gol
Pasukan Liga Perdana Inggeris ,Queens Park Rangers telah mengumumkan bahawa mereka akan melawat Thailand dan Malaysia bagi perlawanan pra musim pertengahan tahun ini. Pengerusi QPR, Tony Fernandes melahirkan rasa teruja tentang berita ini bahawa Rangers akan ke tanah airnya bulan Julai ini.
“Kami berbesar hati dan berbangga untuk ke Asia bagi perlawanan pra musim,” katanya di laman web rasmi QPR. “Penyokong di Asia telah bersama QPR sejak kami terlibat dengan kelab ini dan ia sesuatu yang hebat untuk kami memberi mereka peluang datang dan menyaksikan pasukan beraksi buat pertama kalinya. “Ini satu peluang yang baik untuk mengembangkan lagi jenama kami di Asia.”
Sebelum ini ramai yang menjangkakan QPR akan berdepan dengan skuad kebangsaan seperti yang dilakukan pasukan Liga Perdana Inggeris yang turun untuk sesi jelajah Asia mereka sebelum ini. Namun QPR memilih Sabah sebagai destinasi mengadakan perlawanan persahabatan.
“Saya juga tidak sabar untuk ke timur Malaysia yang juga rumah kepada AirAsia. Pada pengetahuan saya, tiada siapa yang pernah ke Sabah. Saya berbangga kami tidak melupakan semua yang telah membantu mengembangkan AirAsia dengan membawa QPR ke Sabah.” “Ini membawa QPR di pentas global yang sangat penting untuk promosi jenama kami. Tambahnya lagi.
Jelajah Asia itu akan bermula pada 10 Julai di Bangkok yang merupakan destinasi pertama mereka. Selepas itu mereka akan berangkat ke Kota Kinabalu untuk sesi latihan dan beraksi menentang pasukan pilihan Persatuan Bola Sepak Sabah pada 17 Julai di Stadium Likas, Sabah.
Tiada live streaming..Capaian untuk link live streaming perlawanan ini tidak berjaya dari official QPR press. Harap Maklum.

