Posts tagged PIALA SULTAN AZLAN SHAH 2012

Sultan-Azlan-Shah-Hockey-Cup-2012

KEPUTUSAN TERKINI MALAYSIA VS ARGENTINA HOKI PIALA SULTAN AZLAN SHAH 2012

0

LIVE STREAMING HOKI PIALA SULTAN AZLAN SHAH 2012 MALAYSIA VS ARGENTINA 2 JUN

Sultan Azlan Shah Hockey Cup 20121 KEPUTUSAN TERKINI MALAYSIA VS ARGENTINA HOKI PIALA SULTAN AZLAN SHAH 2012

Keputusan Semasa Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2012

Full Time

Malaysia vs Argentina

0 : 1

-Malaysia akan menentang korea selatan untuk penentuan tempat 5/6 perlawanan klasifikasi esok-

Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2012 masuk ke perlawanan terakhir hari ini. Malaysia akan menentang Argentina di Stadium  Sultan Azlan Shah, Ipoh.

Malaysia kini mengumpul 5 mata hasil 4 perlawanan. Malaysia berpeluang memperbaiki kedudukan edisi lalu melalui perlawanan  klasifikasi 3-4 jika berjaya memperolehi 3 mata penuh malam ini.

Saksikan video live streaming Malaysia vs Argentina dari Astro Arena.

 

-video telah diblock oleh astro…due to copyright…first half tadi sempat tengok…harap maaf..

Live broadcasting by Ustream

credit to -livestreaming.net

MALAYSIA VS PAKISTAN

HOKI PIALA SULTAN AZLAN SHAH 2012 – MALAYSIA TEWASKAN PAKISTAN 3-2 DAN RAIH KEMENANGAN PERTAMA

0

KEPUTUSAN PENUH MALAYSIA VS PAKISTAN – HOKI PIALA SULTAN AZLAN SHAH 2012

MALAYSIA VS PAKISTAN HOKI PIALA SULTAN AZLAN SHAH 2012   MALAYSIA TEWASKAN PAKISTAN 3 2 DAN RAIH KEMENANGAN PERTAMA

Jaringan dramatik oleh Muhammad Razie Abdul Rahim pada saat-saat akhir perlawanan membantu Malaysia mencipta kemenangan pertama pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2012 apabila menumpaskan Pakistan 3-2 di sini, malam ini.

Walaupun ketinggalan dua gol, Malaysia tidak berpatah semangat malah bangkit pada separuh masa kedua untuk mengatasi Pakistan selepas lima tahun.

Pakistan, yang menurunkan pemain berpengalaman, memulakan saingan dengan penuh yakin dan membuka tirai jaringan seawal minit keempat menerusi tolakan kencang Muhammad Umar Bhutta.

Gol pembukaan itu menaikkan semangat pemain Pakistan untuk mengatur gerakan kemas dengan menggegarkan benteng pertahanan Malaysia sehingga membuahkan hasil menerusi jaringan Imran Butt pada minit ke-12.

Bagaimanapun, sebaik permainan babak kedua dimulakan, Amir Farid Ahmad Fuzi merapatkan jaringan pada minit ke-36 sebelum pemain terbaik perlawanan, Faizal Saari, menyamakan kedudukan pada minit ke-48.

Malaysia kemudian menukar strategi dengan melancarkan gerakan pantas dan kemas untuk memburu kemenangan pertama dan seminit sebelum perlawanan tamat, Muhammad Razie menyumbat gol kemenangan pada minit ke-69.

Jurulatih negara Tai Beng Hai berkata hasil persefahaman dan komitmen tinggi pemain membuahkan hasil dan berharap anak buahnya akan lebih berwaspada apabila menentang New Zealand esok (31 Mei).

Dalam perlawanan lain, Argentina mencatatkan kemenangan ketiga berturut-turut apabila mengalahkan India 3-2. Argentina menjaringkan gol menerusi Matias Peredes pada minit ke-37, Santiago Montelli (minit ke-38) dan Gonzalo Peillat pada minit ke-58 manakala India pula oleh ketua pasukan Sardar Singh pada minit ke-49 dan Ramachandra Ragunath pada minit ke-62.

Sementara, Great Britain meleburkan rekod tanpa kalah New Zealand dengan kemenangan 2-1. Great Britain mendahului 2-0 pada babak pertama menerusi jaringan Ashley Jackson pada minit ke-18 dan Matt Daly pada minit ke-27 manakala gol tunggal New Zealand dijaringkan oleh Andy Hayward menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-62.

Walaupun berkongsi sembilan mata dengan Argentina, New Zealand masih mendahului carta dengan perbezaan jaringan. – BERNAMA

**jangan lupa saksikan siaran langsung Malaysia vs New Zealand 31 Mei 2012 Hoki Piala Sultan Azlan Shah live di Astro Arena 801 jam 8.00 malam.

Kedudukan Terkini Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2012

hoki piala sultan azlan shah 2012 HOKI PIALA SULTAN AZLAN SHAH 2012   MALAYSIA TEWASKAN PAKISTAN 3 2 DAN RAIH KEMENANGAN PERTAMA

Go to Top