KEJOHANAN BADMINTON PIALA AXIATA 23 MAC – 15 APRIL 2012 |MALAYSIA TIGERS DAN MALAYSIA LEOPARDS

CHONG WEI BADMINTON PIALA AXIATA 2012   KETIADAAN CHONG WEI JEJASKAN KEM NEGARA

Ketua jurulatih perseorangan negara, Rashid Sidek mengakui ketiadaan pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei menjejaskan perancangannya men­jelang Piala Axiata yang bermula hari ini di Stadium Badminton Cheras. Namun, Rashid optimis dan skuad negara mampu melepasi halangan pertama memburu kejuaraan peringkat kumpulan.

“Sudah tentu ketiadaan Chong Wei menyukarkan skuad negara, memandangkan dia adalah pemain penting buat kita,” katanya di Kuala Lumpur, semalam.

Bagaimanapun, ia bukan alasan untuk skuad negara mempamerkan aksi kurang bertenaga untuk berentap merebut gelaran juara Kumpulan K, bersama Thailand, Filipina dan Indonesia Rajawali.

Ketiadaan pemain nombor satu dunia itu, membuka peluang kepada seorang lagi pemain kebangsaan, Muham­mad Hafiz Hashim bagi membuktikan keupayaannya menggalas tanggungjawab sebagai perseorangan pertama negara.

“Setiap negara yang mengambil bahagian semuanya kuat-kuat dan ternama. Pasu­kan negara perlu fokus dan tidak boleh memandang rendah pada kekuatan pasukan lain,” katanya.

Malaysia menghantar dua pasukan ke kejohanan pertama kali diadakan itu yang mana dinamakan Malaysia Tigers dan Malaysia Leopards. Malaysia Tigers dibarisi skuad elit senior negara seperti Muhamad Hafiz Hashim yang menggantikan Lee Chong Wei sebagai perseorangan pertama, Liew Darren, Ariff Latif, pasangan beregu Koo Kien Kiat/Tan Boon Heong dan Goh V Shem/Lim Kim Wah.

Manakala Malaysia Leopards dibarisi barisan pelapis negara diketuai Juara Remaja Dunia, Zulfadhli Zulkifli, Iskandar Zulkarnain, Misbun Ramdan Misbun, Loh Wei Sheng/Ow Yao Han, Chooi Kah Meng, Teo Ee Yi dan Nelson Heg Wei Keat.

Antara negara yang bertanding adalah Malaysia, Indonesia, Filipina, Vietnam, Thailand dan Singapura. Hadiah utama kejohanan bernilai usd 400,000 bagi juara, usd 200,000 bagi naib juara, dimana hadiah keseluruhan dianggarkan bernilai USD 1,000,000.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Kejohanan Badminton Axiata Cup 2012 seperti undian kumpulan, siaran langsung rtm1 /astro arena, live streaming, jadual perlawanan dan keputusan terkini  Badminton Axiata Cup 2012- sila lihat DISINI<<–—–