Posts tagged PERPINDAHAN PEMAIN BOLA SEPAK LIGA MALAYSIA 2012
SPEKULASI LIGA M 2012| INDRA, AZIZI, NORFARHAN DAN AZLAN ISMAIL SAH KEMBALI KE KELANTAN MUSIM DEPAN
1Trio pemain sensasi T-Team, Indraputra Mahyudin, Azizi Mat Rose dan Norfarhan Mohamad akhirinya SAH kembali ke pangkuan The Red Warriors untuk aksi musim hadapan. Jika sebelum ini hanya Norfarhan dan Azizi yang dikatakan hampir pasti kembali, dengan Indra dikatakan akan ke ATM, namun segalanya berubah disaat akhir dengan pemain itu kembali ke Kelantan FA musim 2012 ini.

indra,azizi dan norfarhan ketika kontroversi perpindahan ke T-Team sebelum kembali ke Kelantan untuk musim 2012
Rumours perpindahan trio ini mendapat tumpuan peminat bola sepak tempatan khususnya peminat skuad Kijang ini selepas digembar-gemburkan mahu dipancing ATM dibawah kendalian B.Sathianathan di Liga Perdana. Namun bagai sireh pulang ke gagang trio ini kembali untuk memperkuatkan barisan Kelantan yang kini dibawah kendalian Peter Butler.
Satu lagi berita menggembirakan buat peminat TRW adalah kembalinya penyerang Azlan Ismail yang sebelum ini keluar secara kontroversi apabila mencabar kontrak pada 2005 untuk bermain bersama skuad Singa Utara Perlis. Sebelum ini, Indra, Azizi dan Norfarhan juga menimbulkan kontroversi sebelum meninggalkan Kelantan dengan tidak menyambung kontrak dan menerima tawaran T-Team tanpa pengetahuan KAFA.
Selepas kembalinya 4 pemain yang pernah mendapat tempat dalam kesebelasan utama Kelantan, kini pasukan itu, hanya dalam usaha untuk mengenalpasti pemain import untuk memperkuatkan lagi barisan menjelang aksi Liga M 2012 dan juga AFC Cup yang bakal disertai pasukan di rantau Asia.
