Posts tagged PERLAWANAN PUSINGAN KETIGA MALAYSIA LAWAN JEPUN KELAYAKAN OLIMPIK 2012
JADUAL & KEPUTUSAN HARIMAU MUDA A DI SLOVAKIA 2011
0Skuad Harimau Muda A berlepas ke Slovakia pada Julai 22 (Jumaat) sebagai persiapan peringkat kumpulan Kelayakan Asia Olimpik 2012. Latihan lima minggu ini akan berakhir dengan kembalinya mereka pada Ogos 28, 2011. Empat pemain disenarai buat kali pertama iaitu: Azrul Azmi (Felda United), Ahmad Hazwan Bakri (Kuala Lumpur), Izuan Solahuddin (Kelantan) dan Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham (Selangor PKNS).
Tujuh pemain skuad Olimpik yang disenarai di Kelayakan Asia Piala Dunia 2014 bertemu Singapura dikecualikan dari latihan di Slovakia. mereka adalah Khairul Fahmi Che Mat, Mahalli Jasuli, Muslim Ahmad, Fadhli Shas, K. Gurusamy, Ahmad Fakri Saarani dan Izzaq Faris Ramlan.
