Posts tagged PERLAWANAN PERSAHABATAN MALAYSIA VS HONG KONG 16 OKTOBER 2012

MALAYSIA VS HONG KONG

KEPUTUSAN TERKINI MALAYSIA VS HONG KONG 16 OKTOBER 2012

2

KEPUTUSAN TERKINI/PENUH PERLAWANAN PERSAHABATAN MALAYSIA VS HONG KONG 16 OKTOBER 2012

MALAYSIA VS HONG KONG KEPUTUSAN TERKINI MALAYSIA VS HONG KONG 16 OKTOBER 2012

Keputusan Terkini Perlawanan Persahabatan

FULL TIME

Malaysia vs Hong Kong

3 : 0

Safee Sali min 59, safiq rahim -free kick min 82, fakri saarani 90+

**keputusan terkini akan dibawakan dari masa ke semasa**

VIDEO HIGHLIGHTS

Perlawanan Persahabatan Malaysia vs Hong Kong malam ini pastinya akan menjadi perhatian seluruh peminat bola sepak tempatan yang mahukan kemenangan bagi pasukan negara.

Ramai yang sudah mula mempertikaikan kemampuan jurulatih Rajagobal yang kerap cuba melakukan eksperimen dikala turun untuk perlawanan persahabatan.

Perlawanan ini mampu menilai kemampuan pemain yang akan dipilih menjelang Kejohanan Suzuki AFF 2012 nanti. Skuad negara akan turun menentang Hong Kong tanpa kelibat pemain dari Kelantan dan ATM yang akan beraksi untuk final Piala Malaysia.

Jangan lupa ikuti siaran langsung Malaysia vs Hong Kong 16 Oktober 2012 live Astro Arena 801 jam 8.00 malam ini. Keputusan terkini dan semasa perlawanan Malaysia vs Hong Kong akan dibawakan dari masa ke semasa.

AKSI SAFEE SALI KETIKA MENENTANG HONG KONG DALAM PERLAWANAN SEBELUM INI

SAFEE SALI TIDAK DIGANTUNG DAN MASIH BOLEH WAKILI MALAYSIA MENENTANG HONG KONG

0

SAFEE SALI TIDAK DIGANTUNG BAKAL BERAKSI DALAM PERLAWANAN PERSAHABATAN MALAYSIA VS HONGKONG 16 OKTOBER INI

MALAYSIA VS HONG KONG SAFEE SAFEE SALI TIDAK DIGANTUNG DAN MASIH BOLEH WAKILI MALAYSIA MENENTANG HONG KONG

AKSI SAFEE SALI KETIKA MENENTANG HONG KONG DALAM PERLAWANAN SEBELUM INI

Tidak sampai 24 jam selepas laporan Safee Sali tidak dibenarkan beraksi pada peringkat antarabangsa ekoran kemelut liga bola sepak Indonesia, semalam pengurus pemain itu, Zakaria Rahim tampil menafikan berita tersebut.

Zakaria menjelaskan, tidak wujud sama sekali isu Safee digantung kerana Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) tidak pernah mengenakan denda ke atas pegawai dan pemain dari 32 pasukan yang beraksi dalam Liga Super Indonesia (ISL) seperti yang didakwa.

Menurutnya, pengesahan itu dibuat oleh Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Alex Soosay ketika dia menemui pegawai AFC itu semalam.Malah, katanya AFC mengesahkan Safee tiada masalah untuk menyarung jersi kebangsaan.

“Saya menemui Alex di Rumah AFC dan pihaknya tidak tahu menahu mengenai surat yang dihantar oleh PSSI kepada FAM. Malah belum ada sebarang makluman daripada FIFA bahawa PSSI sedang digantung.

“FIFA juga tidak pernah memberikan arahan menggantung 32 kelab di Indonesia yang didakwa PSSI,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Selepas menemui AFC, Zakaria juga mendapatkan Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad bagi memberi penjelasan sebenar perkara tersebut.

“Saya hormati pandangan Azzuddin kerana beliau membuat kenyataan kelmarin disebabkan tidak mahu mengambil risiko menggunakan khidmat Safee.

“Beliau tidak mahu pemain kita terperangkap dengan mainan pihak lain. “Safee sudah mendapat lampu hijau untuk berlatih petang ini (semalam) dan boleh beraksi bagi perlawanan persahabatan dengan Hong Kong tidak lama lagi, ” katanya.

Dalam dalam laporan kelmarin, FAM menyatakan PSSI melalui Setiausahanya, Halim Mahfudz telah menghantar surat bahawa pemain dan pegawai dalam kalangan 32 pasukan yang digantung tidak dibenarkan bermain di peringkat antarabangsa.

Masalah Safee hanya boleh diselesaikan apabila mesyuarat kongres PSSI pada Disember ini bagi mendapat kata sepakat dengan Komiti Sepakbola Seluruh Indonesia (KPSI.

.PSSI dan KPSI, dua badan bola sepak Indonesia yang bertelagah pernah menandatangani perjanjian persefahaman (Mou) di Rumah AFC 20 September lepas bagi menyelesaikan kemelut yang berlarutan sejak tahun lalu.

-sumber :utusan online

**Perlawanan Persahabatan Malaysia vs Hongkong 16 Oktober 2012 – Mongkok Stadium, Hong Kong. Keputusan terkini dan penuh perlawanan akan dibawakan nanti.
Go to Top