Posts tagged PERKEMBANGAN NAZMI FAIZ DI SC BEIRA MAR
NAZMI FAIZ TERIMA GAJI RM 300,000 SEBULAN DARI S.C BEIRA-MAR ?
0BERAPA GAJI NAZMI FAIZ MANSOR DI S.C BEIRA MAR ?
Selepas Nazmi Faiz berjaya menandatangani kontrak 3 musim bersama kelab devisyen satu Liga Portugal, S.C Beira-Mar, isu berapa gaji Nazmi Faiz yang ditawarkan oleh kelab itu, semakin menjadi perhatian.
Jika sebelum ini, Safee Sali menerima gaji bulanan sebanyak 350 Juta Rupiah (RM 118,000) sebulan, kini Nazmi Faiz dikatakan bakal menerima lebih dari itu.
Terbaru, ada sumber mengatakan Nazmi bakal menerima sekitar 14,000 pounds seminggu dan jika dijumlahkan dan di convert ke Ringgit Malaysia hampir RM 300,000 sebulan.
Meskipun khabar angin mengenai gaji yang bakal diterima oleh Nazmi masih belum dapat disahkan, namun, sekiranya benar, pemain muda yang bakal mencecah 18 tahun 16 Ogos nanti akan bergelar pemain termuda Malaysia berstatus jutawan selain Safee Sali.
Sementara itu, ejen Nazmi, Marco Guimaraes, mengakui jumlah gaji yang bakal ditawarkan kepada tonggak skuad bawah 22 tahun itu adalah sangat lumayan bagi seorang pemain muda dari Asia Tenggara, bagaimanapun beliau enggan mendedahkan jumlah sebenar yang akan diterima oleh anak buah Ong Kim Swee itu.
“Terpulang kepadanya (Nazmi) sama ada untuk mendedahkannya atau tidak, katanya.
Dalam perkembangan lain, akan mula menyertai latihan bersama Beira-Mar selepas pusingan kelayakan Piala AFC bawah 22 tahun yang akan bermula 21 Jun sehingga 4 Julai nanti, Nazmi akan turut ditemani pengendali Harimau Muda, Ong kim Swee.
Selain menguruskan soal kontrak dengan kelab tersebut, Kim Swee yang berada di sana selama seminggu akan turut membantu anak buahnya menyesuaikan diri sebagai pemain professional di kelab Eropah itu.
