Posts tagged PEMAIN IMPORT T-TEAM MUSIM 2012

PEMAIN IMPORT 2012

SENARAI PEMAIN IMPORT BAGI PASUKAN LIGA MALAYSIA 2011

1

PEMAIN IMPORT 2012 SENARAI PEMAIN IMPORT BAGI PASUKAN LIGA MALAYSIA 2011

Pendaftaran  pemain import Liga Malaysia bagi musim 2012 secara rasminya telah ditutup berkuat kuasa semalam. Tetapi, setiap persatuan negeri tidak perlu resah mengenai perkara ini kerana Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan membuka semula pendaftaran kali kedua pada 6 hingga 20 April tahun depan.

Kini, beberapa negeri dan kelab dilaporkan berjaya mendapatkan khidmat pemain import bagi memperkasa pasukan masing-masing selepas kali terakhir kelibat awang import beraksi dalam kancah liga tempatan pada musim 2008.

Berikut adalah senarai beberapa pasukan yang menggunakan khidmat mereka bagi musim depan

Senarai pemain import Liga Malaysia 2012

Kelantan FA
1. Mohamed Ghaddar (Lubnan)
2. Emmanuel Okine (Ghana)
3. Denny Antwi (Ghana)
4. Zakaria Charara (Lubnan)

Terengganu FA
1. Tercio Nunes (Brazil)
2. Sibi Gwar (Nigeria) – gagal didaftarkan atas masalah dokumen yang tidak lengkap dr ajen pemain ini..digantikan dengan Muhammadou Suamarez dari Gambia berumur 19tahun…info terkini…

Selangor FA
1. Ramez Dayoub (Lubnan)
2. Lelo Mbele (Congo)

Kedah FA
1. Daniel Baroni (Brazil)
2. Danilo Rafael (Brazil)

Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
1. Marlon Alex James (St Vincent & Grenadines)
2. Bruno Martelotto (Argentina)

Perak FA
1. Lazar Popovic (Serbia)
2. Michal Kubala (Slovakia)

Negeri Sembilan
1. Marquem Goncalves (Brazil)
2. Emmanuel Owona (Cameroon)

T-Team FC
1. Zacharia Simukonda (Zambia)
2. Bojan Petrit (Bosnia)

Sabah FA
1. Brendan Gan (Australia)
2. Michael Baird (Australia)

Sarawak FA
1. Kalle Sone (Cameroon)
2. Guy Bwelle (Cameroon)

PKNS FC
1. Dawood Nicoise (Perancis)

Perlis FA
1. Lamin Conteh Jr (Sierra Leone)
2. Lewis Henry (Sierra Leone)

Kuala Lumpur FA
1. Ayo Hassan Raimi (Nigeria)
2. Mehdi Tagawa (Tunisia)

Sime Darby FC
1. Ronaldhino Wreh
2. Veron Kennedy

-sumber /diolah- SinarHarian

T-TEAM

SELEPAS ZACHARIA SIMUKONDA, T-TEAM SAMBAR ‘AWANG’ IMPORT BOSNIA

0

T TEAM SELEPAS ZACHARIA SIMUKONDA, T TEAM SAMBAR AWANG IMPORT BOSNIA

Selepas berjaya mengikat bekas pemain import Perlis, Zacharia Simukonda dari Zambia, T-Team meyambar seorang lagi pemain import untuk memenuhi kuota dua orang import untuk musim hadapan. Pemain import kedua T-Team adalah bekas pemain FC Navy Bazar dari Liga Bosnia iaitu Bojan Petrit.

Bojan Petrit,24, berasal dari Bosnia Herzegovina diharap dapat membantu skuad T-Team dalam saingan Liga Malaysia musim 2012. Pengurus pasukan,Rozi Mamat berkata, beliau yakin pasukan T-Team akan lebih menyerlah lagi pada tahun depan dengan adanya kedua-dua pemain import berkenaan.

Beliau berkata pasukan T-Team sekarang sedang mengadakan perlawanan persahabatan dengan beberapa pasukan bagi memantapkan pemain import dengan pemain tempatan. T-Team meletakkan sasaran tinggi untuk menjadi juara liga tahun hadapan..

“Sasaran kita sekurang-kurangnya juara liga tahun depan,” katanya.

Pencapaian terbaik T-Team dalam Liga Malaysia ialah melayakkan diri ke pusingan separuh akhir Piala Malaysia tahun lepas.

Go to Top