Posts tagged PEMAIN IMPORT PERAK 2012

POPOVIC MASIH BELUM JARINGKAN SEBARANG GOL SETAKAT INI

PERAK UJI TIGA PEMAIN IMPORT DARI AFRIKA| NASIB LAZAR POPOVIC MASIH SAMAR

0

BELUM JARINGKAN SEBARANG GOL, NASIB PENYERANG IMPORT PERAK LAZAR POPOVIC KIAN SAMAR APABILA PAFA UJI TIGA IMPORT BARU DARI AFRIKA

POPOVIC PERAK UJI TIGA PEMAIN IMPORT DARI AFRIKA| NASIB LAZAR POPOVIC MASIH SAMAR

POPOVIC MASIH BELUM JARINGKAN SEBARANG GOL SETAKAT INI

Perak Uji Tiga Import Baru| Tiga pemain dari benua Afrika akan turun berlatih bersama skuad Seladang mulai awal bulan depan bagi mengisi kuota pemain import dalam pendaftaran kedua yang dibenarkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

“Kami tidak memberikan sebarang harapan kepada mereka, tetapi tetap menerima mereka untuk menjalani latihan bersama skuad sedia ada,” kata Presiden Persatuan Bolasepak Perak (Pafa) Datuk Zainol Fadzi Paharuddin.

Zainol berkata pada masa ini pengurusan pasukan Liga Super tidak bercadang menggugurkan mana-mana pemain import sedia ada kerana pertandingan masih di peringkat awal. Beliau berkata pasukan Perak hanya tewas dua dari enam perlawanan Liga Super.

“Bagi saya adalah terlalu awal untuk memberi reaksi kepada prestasi pemain kerana sukatan yang kami kenakan adalah kepada keseluruhan pasukan dan perlawanan.

“Kumpulan jurulatih yang diketuai Norizan Bakar juga tidak bimbang dengan prestasi Lazar Popovic yang belum menghasilkan sebarang gol, tetapi Popovic banyak membantu pasukan,” katanya.

FAM membenarkan pendaftaran kedua pemain import dibuat bermula 2 hingga 16 April dan Perak kini mempunyai dua pemain import iaitu pemain dari Serbia, Lazar Popovic dan Michal Kubala.

-mymetro-

PEMAIN IMPORT 2012

SENARAI PEMAIN IMPORT BAGI PASUKAN LIGA MALAYSIA 2011

1

PEMAIN IMPORT 2012 SENARAI PEMAIN IMPORT BAGI PASUKAN LIGA MALAYSIA 2011

Pendaftaran  pemain import Liga Malaysia bagi musim 2012 secara rasminya telah ditutup berkuat kuasa semalam. Tetapi, setiap persatuan negeri tidak perlu resah mengenai perkara ini kerana Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan membuka semula pendaftaran kali kedua pada 6 hingga 20 April tahun depan.

Kini, beberapa negeri dan kelab dilaporkan berjaya mendapatkan khidmat pemain import bagi memperkasa pasukan masing-masing selepas kali terakhir kelibat awang import beraksi dalam kancah liga tempatan pada musim 2008.

Berikut adalah senarai beberapa pasukan yang menggunakan khidmat mereka bagi musim depan

Senarai pemain import Liga Malaysia 2012

Kelantan FA
1. Mohamed Ghaddar (Lubnan)
2. Emmanuel Okine (Ghana)
3. Denny Antwi (Ghana)
4. Zakaria Charara (Lubnan)

Terengganu FA
1. Tercio Nunes (Brazil)
2. Sibi Gwar (Nigeria) – gagal didaftarkan atas masalah dokumen yang tidak lengkap dr ajen pemain ini..digantikan dengan Muhammadou Suamarez dari Gambia berumur 19tahun…info terkini…

Selangor FA
1. Ramez Dayoub (Lubnan)
2. Lelo Mbele (Congo)

Kedah FA
1. Daniel Baroni (Brazil)
2. Danilo Rafael (Brazil)

Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
1. Marlon Alex James (St Vincent & Grenadines)
2. Bruno Martelotto (Argentina)

Perak FA
1. Lazar Popovic (Serbia)
2. Michal Kubala (Slovakia)

Negeri Sembilan
1. Marquem Goncalves (Brazil)
2. Emmanuel Owona (Cameroon)

T-Team FC
1. Zacharia Simukonda (Zambia)
2. Bojan Petrit (Bosnia)

Sabah FA
1. Brendan Gan (Australia)
2. Michael Baird (Australia)

Sarawak FA
1. Kalle Sone (Cameroon)
2. Guy Bwelle (Cameroon)

PKNS FC
1. Dawood Nicoise (Perancis)

Perlis FA
1. Lamin Conteh Jr (Sierra Leone)
2. Lewis Henry (Sierra Leone)

Kuala Lumpur FA
1. Ayo Hassan Raimi (Nigeria)
2. Mehdi Tagawa (Tunisia)

Sime Darby FC
1. Ronaldhino Wreh
2. Veron Kennedy

-sumber /diolah- SinarHarian

Go to Top