DJIBRIL CISSE, BOBY ZAMORA, NEDUM ONUOHA, TAYE TAIWO DAN SAMBA DIAKITE ANTARA MUKA BARU QPR SELEPAS JENDELA PERPINDAHAN JANUARI DITUTUP

Djibril Cisse Aston Villa vs QPR 2711547 QPR BERBELANJA BESAR MEMBAWA PEMAIN BARU KE LOFTUS ROAD

Queens Park Rangers (QPR) yang dimiliki jutawan Penerbangan Malaysia, Tan Sri Tony Fernandes mencuri tumpuan peminat Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas jendela pasaran perpindahan Januari ditutup, Rabu lalu.

QPR dibawah kendalian Mark Hughes membeli penyerang Perancis, Djibril Cisse dari kelab Serie A Itali, Lazio dengan nilai perpindahan yang tidak didedahkan, sebelum mendapatkan khidmat penyerang Fulham, Bobby Zamora pada harga RM23.9 juta.

Sementara itu, QPR juga berjaya membawa masuk pemain AS Nancy, Samba Diakité, Taye Taiwo dari AC Milan dan Federico Macheda (Manchester United) secara pinjaman. Sebelum itu, Nedum Onuoha turut dimiliki QPR juga tanpa dinyatakan nilai perpindahan.

Namun satu sumber mendedahkan, QPR berkemungkinan membelanjakan hampir RM430 juta membawa kesemua pemain terbabit bermain di Loftus Road, musim ini.

-sumber – SinarHarian