Posts tagged NAZMI FAIZ MANSOR

nazmi

NAZMI FAIZ DILEPASKAN OLEH SC BEIRA MAR – SERTAI PKNS FC DENGAN YURAN PERPINDAHAN TERTINGGI ?

1

SC BEIR-MAR LEPASKAN NAZMI FAIZ – SERTAI PKNS FC

nazmi NAZMI FAIZ DILEPASKAN OLEH SC BEIRA MAR   SERTAI PKNS FC DENGAN YURAN PERPINDAHAN TERTINGGI ?

Nazmi Faiz Mansor dilepaskan oleh SC Beira-Mar menjadi topik perbualan hangat di laman sosial dan page-page sukan. Ramai pihak agak terkejut dengan berita terkini ini yang sebelum ini tidak ditimbulkan oleh sesiapa.

Pihak pengurusan kelab Portugis itu mengesahkan telah melepaskan Nazmi Faiz untuk beraksi di Malaysia selama 6 bulan bagi membantu skuad negara dalam persediaan menjelang Sukan Sea 2013.

Menurut jurucakap media SC Beira-Mar, Luis Viegas, ini merupakan sebahagian daripada perjanjian perpindahan yang telah ditandatangani Nazmi di Beira Mar.

” Ya, kami benarkan beliau kembali ke Kuala Lumpur. Beliau (Nazmi) akan beraksi di Malaysia selama 6 bulan. Ia sebahagian daripada perjanjian untuk membantu skuad kebangsaannya. Kami juga sedang berkira mahu membawa beberapa orang pemain lain dari Malaysia yang namanya tidak boleh saya sebutkan disini hanya menanti pengurusan bola sepak di Malaysia membantu proses tersebut, “. katanya.

Beliau yakin Nazmi Faiz akan kembali ke Beira Mar dengan lebih hebat lagi. Nazmi Faiz telah dikaitkan untuk menyertai skuad yang melakukan penjenamaan semula baru-baru ini oleh Total Sports Sdn. Bhd. iaitu PKNS Supermokh FC dengan yuran perpindahan tertinggi. Namun pihak pengurusan PKNS enggan mengulas lanjut berkenaannya.

Ada kemungkinan Nazmi akan kembali bersama skuad Harimau Muda A yang kini berada di Australia untuk beberapa perlawanan persahabatan dan latihan.

Jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee, bagaimanapun tidak mengetahui mengenai perkara ini dan enggan mengulas lanjut,  hanya menunggu pengesahan dari kelab Nazmi.

index

NAZMI FAIZ MANSOR BAKAL KE CARDIFF CITY ?

1

CARDIFF CITY BERI TUMPUAN KEPADA NAZMI FAIZ MANSOR MENJALANI LATIHAN SETAHUN DIBAWAH KENDALIAN MALKY MALKAY |

index NAZMI FAIZ MANSOR BAKAL KE CARDIFF CITY ?

Nazmi Faiz Mansor bakal ke Cardiff City ?..Mungkin itulah salah satu berita sensasi yang meniti dibibir peminat bola sepak negara ketika ini. Informasi ini mula tersebar selepas laman web walesonline di UK, melaporkan yang kelab berpangkalan di Wales itu, mahu mengadakan perbincangan untuk membawa pemain termuda skuad olimpik negara itu menjalani latihan selama 1 tahun dibawah pemerhatian jurulatih Malky Malkay.

Sebelum ini, dua orang pemain kebangsaan, Safee Sali dan Safiq Rahim telah pun diberi peluang menjalani latihan dan percubaan selama 2 minggu. Teka teki samada Cardiff City sedia memilih mereka atau tidak sudahpun terjawab, dan Cardiff City lebih teruja mendapatkan pemain yang lebih muda untuk mewakili kelab itu.

Menurut laman web walesonline.uk itu lagi, perbincangan mengenainya sedang dijalankan dan ini adalah salah satu strategi pemilik Cardiff City itu sendiri seorang rakyat Malaysia, Dato Chan Tien Ghee dan Vincent Tan untuk mengukuhkan hubungan antara kelab itu dengan tanah kelahiran mereka sendiri, terutama selepas pelancaran program 1Malaysia Cardiff City.

Malky Malkay dalam kenyataan laman web tersebut berkata, pemain harus menyesuaikan diri dengan tempo laju dan mempunyai fizikal yang kuat dengan corak permainan bola sepak di England seperti yang telah ditunjukkan oleh Safee Sali.

Namun, menurut beliau lagi, pemain itu perlu tinggal dan belajar dengan lebih lama lagi di kelab tersebut untuk menyesuaikan diri dengan gaya dan corak permainan serta belajar mengenai aspek fizikal, nutrisi dan kecergasan. Dan pemain muda lebih sesuai untuk perkara ini.

Cardiff City telah memberi peluang kepada pemain muda mereka untuk menunjukkan kemampuan dalam pasukan utama, buktinya apabila memberi peluang kepada pemain berusia 18 tahun, Joe Ralls bermain dalam skuad utama. Jadi peluang Nazmi Faiz juga agak cerah jika benar beliau bakal dibawa ke sana.

Cardiff City telah melahirkan beberapa pemain muda yang berbakat, antaranya kapten skuad kebangsaan Wales dan pemain Arsenal Aaron Ramsey.

Go to Top