Posts tagged MALAYSIA VS QATAR
KEPUTUSAN TERKINI MALAYSIA VS QATAR 6 FEBRUARI 2013 – KELAYAKAN PIALA ASIA 2015
0MALAYSIA VS QATAR 6 FEBRUARI 2013 – KELAYAKAN PIALA ASIA 2015 – SIARAN LANGSUNG ASTRO ARENA 801
Keputusan Penuh Kelayakan Piala Asia 2015
FT
Malaysia vs Qatar
0 : 2
*keputusan terkini akan dibawakan dari masa ke semasa*
Perlawanan pertama kelayakan Piala Asia 2015 akan bermula malam ini bagi kesemua pasukan yang bertanding. Skuad Harimau Malaya akan turun menentang Qatar di gelanggang lawan pada jam 11.30 malam ini.
Selepas mengalami kepincangan dalam barisan utama, jurulatih, Dato K.Rajagobal perlu memikirkan gandingan paling mantap untuk diturunkan bagi mengekang asakan Qatar yang pasti akan menggunakan peluang menentang Malaysia sebagai lawan yang mempunyai ranking terendah untuk mengutip mata maksimum.
Amri Yahyah dijangka akan mengemudi barisan hadapan mungkin diturunkan bersama Khyril Muhymeen atau Fauzi Roslan untuk cuba membolosi gawang lawan.
Paling perlu diberikan perhatian adalah barisan tengah skuad negara yang mampu mengawal permainan daripada dikuasai pasukan Qatar yang lebih berpengalaman sambil dibantu beberapa pemain naturalisasi mereka.
Mengikat Qatar dengan keputusan seri adalah keputusan terbaik jika mampu dicapai oleh skuad negara pada ketika barisan pemain utama mengalami kecederaan. Jika menang ianya adalah bonus. Paling perlu dielakkan adalah bolos dengan jaringan yang banyak.
Jangan lupa saksikan siaran langsung kelayakan piala Asia 2015 Malaysia vs Qatar live di Astro Arena 801 pada jam 11 malam dan sepak mula pada jam 11.30 malam.
Keputusan terkini dan penuh perlawanan Malaysia vs Qatar akan dibawakan dari masa ke semasa. Link live streaming akan dikongsikan jika ada.
MALAYSIA U22 VS QATAR U22 17 JUN 2012 – PERLAWANAN PERSAHABATAN PERSEDIAAN KELAYAKAN PIALA AFC B22
5PERLAWANAN PERSAHABATAN MALAYSIA U22 VS QATAR U22 17 JUN 2012 – SETELAH SKUAD TIMOR LESTE MENARIK DIRI
KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN PERSAHABATAN
FT
Malaysia U22 vs Qatar U22
2 : 0
irfan fazail, rozaimi
-SIARAN TERTUNDA ASTRO ARENA 08.30 PM & TV1 JAM 12.30 AM-
LINK STREAMING TERTUNDA ASTRO ARENA<<–
Skuad Harimau Muda A bimbingan jurulatih Ong Kim Swee akan mengadakan perlawanan persahabatan antarabangsa menentang skuad bawah 22 tahun Qatar di Stadium Shah Alam, pada 17 Jun 2012 iaitu Ahad ini.
Skuad Qatar u22 menjadi pasukan ganti bagi pasukan bawah 22 tahun Timor Leste, yang dijadual menentang skuad Harimau Muda A pada tarikh sama, telah menarik diri atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Perlawanan ini merupakan sebahagian daripada persediaan skuad bimbingan Ong Kim Swee bagi menghadapi pusingan kelayakan Piala AFC bawah 22 tahun akhir bulan ini.
Perlawanan itu akan bermula pada 4.30 petang dan tiket akan dijual mulai 2 petang. Menurut Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan hari ini. Harga tiket Malaysia U22 vs Qatar U22 adalah RM20 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.
Piala AFC Bawah 22 tahun itu adalah kejohanan pertama kali dianjurkan AFC dengan penyertaan 41 pasukan dari benua Asia. Untuk melihat jadual perlawanan kelayakan Piala AFC u22 dan Informasi berkaitan anda boleh lihat DISINI<<–
**Keputusan Terkini dan Penuh Malaysia u22 vs Qatar u22 17 Jun 2012 akan dibawa dari masa ke semasa.
**Info mengenai live siaran langsung perlawanan ini dan live streaming hanya akan dimaklumkan nanti.
**SIARAN TERTUNDA MALAYSIA U22 VS QATAR U22 DI ASTRO ARENA 801 jam 8.30 malam!!

