Posts tagged LIVE TERENGGANU VS LIONS XII

liga super

KEPUTUSAN TERKINI LIGA SUPER 19 JUN 2012 – SEMUA PERLAWANAN

1

KEPUTUSAN PENUH/TERKINI LIGA SUPER 19 JUN 2012

 

liga super KEPUTUSAN TERKINI LIGA SUPER 19 JUN 2012   SEMUA PERLAWANAN

Kerancakkan liga super kembali bermula malam ini dengan beberapa perlawanan lagi akan berlangsung. Antara yang menjadi tumpuan adalah perlawanan di antara Terengganu vs Lions Xii di Kuala Terengganu. Perlawanan ini akan disiarkan secara langsung di Astro Arena 801 jam 8.45 malam.

Selain itu, perlawanan Johor FC vs Kedah akan disiarkan secara langsung di RTM1 juga bermula jam 8.45 malam. Berikut merupakan keputusan semasa perlawanan yang berlangsung malam ini.

Keputusan Penuh Liga Super 19 Jun 2012

FT

Sabah vs PKNS

0 : 4

Kuala Lumpur vs Kelantan

0 : 1

Terengganu vs Singapore LIONSXII

0 : 1

Selangor vs PBDKT T-Team

5 : 0

Negeri Sembilan vs Sarawak

3 : 1

Perak vs Felda United

2 : 1

Johor FC vs Kedah

2 : 1

**keputusan terkini akan dibawakan dari masa ke semasa**

liga super

SIARAN LANGSUNG LIGA SUPER 19 JUN 2012 DI ASTRO ARENA DAN RTM1 LIVE STREAMING

0

SIARAN LANGSUNG LIGA SUPER 19 JUN 2012 DI ASTRO ARENA DAN RTM TV1 LIVE STREAMING

liga super SIARAN LANGSUNG LIGA SUPER 19 JUN 2012 DI ASTRO ARENA DAN RTM1 LIVE STREAMING

Perlawanan Liga Super malam ini menyaksikan 7 perlawanan bakal berlangsung. Antara perlawanan yang menjadi tumpuan kami adalah perlawanan membabitkan pertemuan Terengganu menentang Lions Xii dari Singapura.

Perlawanan ini akan dilangsungkan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu. Ketika pusingan pertama, Terengganu berjaya menewaskan Lions Xii di Stadium Jalan Besar. Perlawanan ini menarik untuk disaksikan terutama selepas Lions Xii membelasah Sabah 9-0.

Apakah mampu Lions Xii melakukan perkara yang sama ke atas Terengganu yang mempunyai rekod cemerlang di gelanggang sendiri. Atau Terengganu mampu membalas kekalahan Sabah baru-baru ini ke atas Lions Xii.

Perlawanan Terengganu vs Lions Xii akan disiarkan siaran langsung di Astro Arena 801 bermula jam 8.00 malam. Sepak mula perlawanan dijangka jam 8.45 malam ini.

Sementara itu, di Stadium Shah Alam, Selangor yang menang 1-0 ke atas Sarawak baru-baru ini akan berhadapan dengan pasukan ‘adik’ Terengganu iaitu T-Team yang tewas kepada skuad ‘abg’ nya dalam perlawanan sebelum ini.

Pasukan Kelantan akan turun ke gelanggang lawan di Cheras bertemu pasukan tercorot Liga Super ketika ini iaitu Kuala Lumpur. Kuala Lumpur yang bergelut dengan masalah kewangan sebelum itu, berjaya mengikat PKNS 1-1 dalam perlawanan sebelum ini.

Kelantan memerlukan 3 mata maksimum untuk mengejar Lions Xii yang dijangka mendapat tentangan sengit Terengganu malam ini. Link live streaming perlawanan Kelantan vs Kuala Lumpur akan disediakan sejurus sebelum perlawanan nanti.

Johor FC yang tewas ketika menentang Perak di Ipoh, akan menanti kunjungan Kedah di Stadium J-Corp, dimana perlawanan ini akan disiarkan siaran langsung di RTM1 dan juga secara live streaming di link yang dikongsikan dibawah.

Berikut merupakan jadual penuh perlawanan Liga Super yang berlangsung malam ini

Sabah vs PKNS

Kuala Lumpur vs Kelantan

Terengganu vs Singapore LIONSXII- siaran langsung Astro Arena

Selangor vs PBDKT T-Team

Negeri Sembilan vs Sarawak

Perak vs Felda United

Johor FC vs Kedah – siaran langsung RTM1

LINK LIVE STREAMING

-Live Streaming RTM 1 Johor FC vs Kedah 19 Jun 2012

-Live Streaming Kelantan vs Kuala Lumpur 19 Jun 2012

-Live Streaming Terengganu vs Lions Xii 19 Jun 2012

*** Keputusan Terkini dan Penuh Liga Super malam ini akan dibawakan dari masa ke semasa…

Go to Top