Posts tagged LIVE STREAMING MALAYSIA VS SINGAPURA 12 JUN 2012
PERLAWANAN PERSAHABATAN – SKUAD NEGARA DIIKAT 2-2 OLEH SINGAPURA DALAM PERLAWANAN KONTROVERSI
0KEPUTUSAN PENUH MALAYSIA VS SINGAPURA 8 JUN 2012
Perlawanan Persahabatan Malaysia vs Singapura semalam berakhir dengan keputusan seri 2-2 di Stadium Jalan Besar. Perlawanan yang dimulai dengan kekecohan kedua-dua penyokong yang terpaksa menyebabkan polis anti rusuhan campur tangan berjaya diredakan sejurus perlawanan dimulakan.
Bermula agak baik skuad negara yang diasak pada mulanya berjaya menyerap asakan dan menjaringkan gol pertama menerusi Azamudin Akil yang menerima umpanan Safee Sali dan ‘dummy’ cantik yang dilakukan Norshahrul Idlan membolehkan Malaysia mendahului pada minit ke 43.
Separuh masa kedua telah menyaksikan kedua-dua pasukan dirombak dengan pemain gantian dan Mustafic Fahrudin mencetuskan kemarahan pemain Malaysia apabila memaksa rakan sepasukan untuk terus mara walaupun Safee Sali kelihatan dalam kesakitan setelah diasak oleh pemain Singapura pada minit ke 65.
Kapten pasukan Malaysia, Safiq Rahim, menebus kemarahan dengan rembatan ke sudut kanan gawang hasil tendangan percuma empat minit kemudian untuk memberi kelebihan 2-0 untuk Malaysia.
Singapura memperoleh peluang keemasan pada minit ke 82 apabila Khairul Fahmi mengasari Khairul Nizam di dalam kotak penalti dan pengadil dari Hong Kong Ng Kai Lam memberi tendangan penalti yang kemudian diambil oleh Mustafic sebelum ia diselamatkan penjaga gol Kelantan itu.
Walaubagaimanapun Ng telah memberi Aidil kad kuning dalam minit kontroversi dan menghadiahkan pasukan tuan rumah tendangan percuma dalam kotak yang disepak masuk oleh Shahdan Sulaiman.
Pengadil salah faham niat Aidil Zafuan dan memberi pasukan Singapura peluang untuk mengakhiri perlawanan dengan keputusan seri 2-2.
Shahdan sekali lagi bertindak baik pada minit terakhir dengan hantaran lintang kepada Qiu Li yang terus merobek pintu gol Malaysia untuk gol penyamaan.
Dato’ K Rajagobal pula telah berkata: ” Kami sepatutnya menang.” sebelum menambah “Saya tidak sabar untuk kembali beraksi di Shah Alam.”
Aidil telah menjelaskan tentang minit kontroversi yang melibatkannya : “Saya tidak faham dengan keputusan pengadil walaupun penjelasan telah diberikan. Saya hanya menyambut aksi Khairul yang telah menyelamatkan pintu gol kami. Saya tidak faham dengan kesalahan undang-undang yang telah saya lakukan.”
Pemain itu juga telah mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada para penyokong Malaysia yang tidak putus untuk memberi sokongan sehingga wisel penamat dibunyikan.
Pasukan Singapura akan kembali bertembung dengan Malaysia di Shah Alam pada 12 Jun
Perlawanan Persahabatan Kedua Malaysia vs Singapura 12 Jun 2012 di Stadium Shah Alam. Siaran Langsung Astro Arena 8.45 malam live streaming
Video Highlights
Gol Pertama
Gol Kedua
Gol Pertama dan Kontroversi Singapore
credit speedgoalmalaysa dan sokernet.com
