Posts tagged LIVE STREAMING ASTRO ARENA
KELANTAN YAKIN SEKAT QPR – KELANTAN VS QPR 20 JULAI 2012 |SIARAN LANGSUNG DAN LIVE STREAMING
2KELANTAN YAKIN SEKAT QUEENS PARK RANGERS (QPR) DALAM PERLAWANAN PERSAHABATAN MALAM INI | LIVE ASTRO ARENA DAN RTM1
.
Juara Liga Super dan Piala FA 2012, Kelantan yakin mampu menyekat kemaraan kelab Liga Perdana Inggeris, Queens Park Rangers (QPR) pada aksi persahabatan di Stadium Shah Alam.
Ketua jurulatih Kelantan Bojan Hodak berkata pasukannya berpeluang menang memandangkan QPR baharu sahaja menamatkan musim liga mereka dan ramai pemain kelab itu masih dalam proses pemulihan.
“Pertembungan itu bukan perlawanan bagi QPR, jadi ini menjadi peluang kami kerana saya tahu pemain mereka belum pulih sepenuhnya,” katanya pada sidang media menjelang perlawanan persahabatan itu, di sini hari ini.
Hodak berkata beliau juga akan menurunkan pemain import baru Kelantan, Keita Mandjou agar penyokong dan peminat Kelantan dapat menilai sendiri tahap permainan pemain tersebut.
“Ini menjadi peluang kepada peminat melihat aksi Keita Mandjou sebelum Piala AFC bermula,” katanya.
Sementara itu, Pengurus QPR Mark Hughes berkata beliau mungkin tidak menurunkan kesebelasan utama pemainnya menentang Kelantan malam esok bagi mengelak anak buahnya mengalami kecederaan serius.
“Adalah penting untuk tidak mendedahkan pemain kepada terlalu banyak perlawanan bagi mengelak ditimpa kecederaan,” katanya.
Sementara itu, kira-kira 1,000 peminat serta penyokong QPR, hadir pada sesi bertemu peminat di Hotel Grand Riverview, di sini. QPR yang tiba kira-kira pukul 4 petang di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini dari Kuala Lumpur, turut diiringi peminat dengan motosikal berkuasa tinggi dan kereta yang menunggu mereka sejak 2 petang.
Pemain QPR juga mengadakan sesi latihan bersama pasukan Kelantan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV sebelum menghadiri jamuan makan malam yang dianjurkan Badan Perhubungan Umno Kelantan.
Mereka berlepas ke Kuala Lumpur pada pukul 9.30 malam ini bersama pemain The Red Warriors. Antara pemain yang hadir pada majlis tersebut termasuk bekas pemain Manchester United yang baharu menandatangani kontrak bersama QPR, Park Ji Sung, Djibril Cisse, Anton Ferdinand serta Bobby Zamora.
Jangan lupa saksikan siaran langsung Kelantan vs QPR 20 Julai 2012 live di Astro Arena 801 dan RTM1 jam 9.45 malam ini. Link Live Streaming Kelantan vs QPR 20 julai 2012 akan dikongsikan dibawah. Keputusan terkini dan Penuh perlawanan akan dibawakan dari masa ke semasa.
LIVE STREAMING KELANTAN VS QPR 20 JULAI 2012 FRIENDLY- 9.45 pm
**please try all the link above
LIVE STREAMING PAHANG VS SARAWAK 17 JULAI 2012 |KEPUTUSAN TERKINI PLAYOFF LIGA SUPER
0LIVE STREAMING PAHANG VS SARAWAK 17 JULAI 2012|KEPUTUSAN TERKINI PLAYOFF LIGA SUPER 2012
Keputusan Penuh Playoff Liga Super 17 Julai 2012
FT
Pahang vs Sarawak
1 : 0
saiful nizam miswan 89′
**keputusan terkini akan dibawakan dari masa ke semasa**
-SARAWAK TURUN LIGA PERDANA 2013-
PAHANG VS KEDAH 19 JULAI 2012 FINAL PLAYOFF LIGA SUPER 2013
Perlawanan playoff Pahang vs Sarawak bagi memburu satu slot ke Liga Super 2013 akan berlangsung malam ini di Stadium Hang Tuah, Melaka jam 8.45 malam.
Perlawanan ini akan disiarkan secara langsung di Astro Arena 801. Pemenang perlawanan ini akan bertemu pemenang perlawanan di antara Kedah vs Sabah yang berlangsung serentak.
Keputusan Terkini dan Penuh Pahang vs Sarawak playoff liga super 17 Julai 2012 akan dibawakan dari masa ke semasa.
Link Live Streaming Pahang vs Sarawak adalah seperti dibawah :

