PIALA FA 2015

Naib juara Piala FA musim lalu, Felda United tersingkir seawal pusingan kedua setelah tewas 2-4 kepada Selangor menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam tadi.

Meskipun mendahului Selangor dengan 2 gol, namun pasukan Gergasi Merah Kuning itu bangkit untuk mengheret perlawanan sehingga ke masa tambahan yang berkesudahan 2-2.

Pemain import Felda United, Ndumba Makeche meletakkan The Fighters di depan menerusi jaringan pada minit ke-47 dan 50, namun skuad Gergasi Merah bangkit menyamakan kedudukan menerusi gol Ahmad Hazwan Bakri pada minit ke-78 dan Guilherme De Paula pada minit-minit terakhir perlawanan. More >