PERLAWANAN PERSAHABATAN MALAYSIA VS SABAH 24 FEBRUARI 2012|

malaysia vs sabah PERLAWANAN PERSAHABATAN MALAYSIA VS SABAH 24 FEBRUARI 2012

KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN PERSAHABATAN

FULL TIME

MALAYSIA vs SABAH

1 : 0

amar rohidan min 79

Perlawanan persahabatan skuad kebangsaan menentang Sabah akan dilangsungkan malam ini di Stadium Likas sekitar jam 8.15 malam.

Perlawanan ini merupakan aksi pemanas badan menjelang perlawanan persahabatan Malaysia vs Filipina pada 29 Februari ini.Di pentas antarabangsa, rekod skuad negara sepanjang 10 perlawanan berstatus A tahun lalu kurang memuaskan apabila hanya mencatatkan tiga kemenangan, tiga seri dan empat kekalahan dengan kali terakhir kecundang 2-3 kepada India pada November tahun lalu.

Kali terakhir skuad kendalian Rajagobal menentang skuad Liga Super, mereka membelasah Kelantan, 5-0, awal bulan ini namun ia bukan jaminan untuk mereka terus mencatatkan kemenangan besar kerana Selangor pernah melakukan kejutan tahun lalu apabila mencatatkan kemenangan 1-0.

Selain itu, aksi 90 minit di Stadium Likas juga dilihat peluang terbaik Rajagobal mencari dan membentuk kekuatan baru skuad negara terutamanya dengan kehadiran beberapa pemain baru seperti Wan Zack Haikal Wan Nor, Shahrudin Yakup dan G Mahathevan.

Malah ketiadaan Norshahrul Idlan Talaha kerana kecederaan membuka ruang kepada penyerang lain seperti Mohd Zaquan Adha Abd Razak, Ahmad Shakir Ali dan Abdul Manaf Mamat membentuk gandingan baru bersama kapten Pelita Jaya FC, Safee Sali.

Perlawanan ini juga kita dapat menyaksikan mutu permainan kedua-dua pemain import Sabah iaitu Michael Baird dan seorang lagi Brendan Gan yang dijangka diturunkan dalam perlawanan ini. Brendan Gan juga pernah menjadi bualan para peminat di Malaysia, berikutan mempunyai kerakyatan Malaysia-Australia. Dan pernah beraksi bersama Sydney FC di Liga A di Australia.

Sehingga kini beliau masih belum mewakili Malaysia ataupun Australia dipentas antarabangsa. Apakah mutu permainannya malam nanti mampu memikat K.Rajagobal untuk memanggilnya menyarung jersi Malaysia?..Atau pemain negara lebih menyerlah daripada nya..

-Keputusan Terkini/Semasa Perlawanan Persahabatan Malaysia vs Sabah akan diupdatedkan

-Tiada siaran langsung/live streaming Malaysia vs Sabah 24 Februari 2012