Final Copa Amerika Uruguay vs Paraguay 24 Julai 2011 | Uruguay Yakin Juara Copa Amerika 2011

URUGUAY 300x206 FINAL COPA AMERIKA URUGUAY VS PARAGUAY

Uruguay akan berusaha memburu rekod kejuaraan Copa America buat kali ke-15, mengatasi 14 kejuaraan dikongsi bersama negara tuan rumah Argentina, sekiranya mereka mengalahkan Paraguay pada perlawanan akhir Copa Amerika 2011 di Stadium Monumental awal pagi esok.

Uruguay tidak mampu bersaing dengan pasukan terdahulu yang menjuarai dua Piala Dunia dan dua pingat emas Sukan Olimpik pada babak pertama abad sebelum ini namun dalam era yang menyaksikan taktik lebih diutamakan, pencapaian mereka sejak akhir-akhir ini amat menakjubkan. Selepas menyingkirkan pasukan pilihan Argentina pada suku akhir, Uruguay boleh mengatasi musuh lama mereka daripada segi jumlah kejuaraan Copa Amerika.

(more…)