Posts tagged keputusan liga super 2012

perak vs kelantan

SIARAN LANGSUNG KELANTAN VS PERAK 7 JULAI 2012- LIGA SUPER

0

SIARAN LANGSUNG LIGA SUPER KELANTAN VS PERAK 7 JULAI 2012 – LIGA SUPER | LIVE STREAMING

 

perak vs kelantan SIARAN LANGSUNG KELANTAN VS PERAK 7 JULAI 2012  LIGA SUPER

Perlawanan yang menjadi tumpuan liga super hari ini pastinya perlawanan yang bakal menentukan apakah gelaran juara liga super 2012 bakal ditabalkan lebih awal kepada Kelantan atau Perak akan menangguhkan pesta tersebut.

Perlawanan Kelantan vs Perak di Stadium Sultan Muhammad ke IV, Kota Bahru pastinya menjadi perhatian seluruh peminat kedua-dua pasukan. Jika berjaya memungut tiga mata penuh hari ini, maka Kelantan akan ditabalkan sebagai juara Liga Super 2012 buat kali kedua berturut-turut.

Namun cabaran yang diberikan pasukan Perak tidak boleh dipandang ringan terutama selepas kehadiran penyerang import Albert Bodjongo yang sudah meledak beberapa gol selepas menggantikan Lazar Popovic yang kurang menyerlah.

Perak juga dalam usaha mengekalkan kedudukan mereka yang terkini iaitu di tangga ketiga liga. Kekalahan pastinya akan memberi peluang kepada Selangor,Terengganu dan Negeri Sembilan untuk memintas mereka.

Jangan lupa saksikan siaran langsung Kelantan vs Perak 7 Julai 2012 live Astro Arena 801 jam 8.45 malam ini. Keputusan Terkini dan Penuh Kelantan vs Perak akan dibawakan dari masa ke semasa.

Live streaming Kelantan vs Perak 7 Julai 2012 akan dikongsikan sebelum perlawanan.

LIVE STREAMING LINK<<-

sabah vs lions xii

LIGA SUPER 2012 – LIONS XII BERPESTA GOL BENAM SABAH 9-0, KELANTAN TERUS MERAPATI DENGAN KEMENANGAN KE ATAS KEDAH

0

sabah vs lions xii LIGA SUPER 2012   LIONS XII BERPESTA GOL BENAM SABAH 9 0, KELANTAN TERUS MERAPATI DENGAN KEMENANGAN KE ATAS KEDAHpic credit to axrosstheline

Lions XII terus meneruskan rekod kemenangan di gelanggang sendiri untuk mempertahankan status selaku pendahulu Liga Super selepas membelasah Sabah 9-0 di Stadium Jalan Besar, Singapura semalam.

Sabah yang bertandang ke Jalan Besar selepas Liga Super memulakan kembali aksi selepas berehat hampir sebulan bagaimanapun seakan-akan masih lagi dalam ‘mood’ bercuti.

Dibolosi 9 gol dengan mudah, jelas strategi jurulatih Justin Ganai mudah dibawa pemain Lions Xii dan kesilapan dan kerapuhan benteng pertahanan Sabah dihukum sebaiknya oleh Lions Xii.

Lions XII membuka jaringan menerusi Agu Casmir pada minit ke-20. Berselang tiga minit kemudian, Hariss Harun meledak gol kedua buat tuan rumah sebelum menjaringkan gol ketiga pada minit ke-41, sekali gus menyaksikan keputusan perlawanan kekal 3-0.

Bersambung pada babak kedua, Lions XII terus mempamerkan aksi cemerlang apabila Shahdan Sulaiman menjaringkan gol berganda pada minit ke-63 dan 65 perlawanan.

Kerapuhan benteng pertahanan Sabah dimanfaatkan sepenuhnya oleh Lions XII apabila Muhammad Irwan Shah Arismail menjaringkan gol keenam pada minit ke-69 sebelum Hariss melengkapkan hatrik pada minit ke-74.

Kepincangan Sabah jelas terpancar apabila Muhammad Sufian Anuar kembali menceriakan penyokong-penyokong tuan rumah dengan meledak gol kelapan pada minit ke-84.

Jaringan sendiri Sharul Azhar Ture memastikan Lions XII merekod kemenangan terbesar liga pada musim ini dengan menjaringkan sembilan gol di dalam tempoh 90 minit.

Lions XII bakal bertemu naib juara Liga Super musim lalu, Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin pada Selasa ini.

Kemudian, pasukan Singapura itu akan kembali ke Pantai Timur menentang T-Team di stadium yang sama pada 10 Julai sebelum bertemu Johor FC di laman sendiri pada 14 Julai depan.

Sementara itu, Sarawak gagal memanfaatkan kelebihan selaku tuan rumah apabila tewas 0-1 kepada Selangor di Stadium Kuching malam tadi.

Penyerang import Selangor, Bosko Balaban menghukum benteng pertahanan Sarawak apabila merembat kencang gol kemenangan pada minit kelapan.

Di Ipoh, Perak menewaskan Johor FC 2-1 hasil jaringan Rafiuddin Roddin dan pemain import Albert Bodjongo. Gol saguhati Johor FC dijaringkan oleh Arturo Henrique menerusi sepakan percuma sebelum tamat perlawanan.

Johor FC memperolehi peluang menyamakan kedudukan apabila memperolehi sepakan penalti, namun Henrique gagal menjaringkan gol selepas diselamatkan oleh Nasril Nourdin.

Di Stadium Sultan Muhammad ke IV, Kelantan menewaskan Kedah 2-1. Skrip yang sama seperti di Ipoh, apabila Kelantan mendahului 2-0 menerusi jaringan sendiri Faizlata Taib dan Muhammad Ghaddar pada separuh masa kedua.

Namun Kedah memperolehi sepakan penalti, Khairul Fahmi penjaga gol Kelantan berjaya menangkap kemas sepakan pemain import Safi Abdulfatah. Khyril Muhymeen berjaya menjaringkan gol saguhati Kedah pada masa tambahan. Keputusan 2-1 kekal sehingga tamat permainan.

Keputusan lain, Felda United melakar kejutan menewaskan Negeri Sembilan 1-0 di Melaka. Sementara PKNS berjaya mengikat Kuala Lumpur 1-1 digelanggang sendiri.

Video Kelantan vs Kedah 2-1

Video Lions Xii vs Sabah 9 – 0

-credit video to sokernet.com

Go to Top