LEE CHONG WEI BERDEPAN LALUAN MUDAH KE SEPARUH AKHIR BADMINTON SUKAN OLIMPIK LONDON 2012

LEE BADMINTON SUKAN OLIMPIK LONDON 2012   LEE CHONG WEI BERDEPAN LALUAN MUDAH KE SEPARUH AKHIR

Pemain perseorangan badminton negara, Datuk Lee Chong Wei boleh menarik nafas lega dalam misi memburu pingat emas pada Sukan Olimpik 2012 di London apabila berdepan laluan mudah di Sukan Olimpik London 2012 nanti.

Undian perlawanan peringkat kumpulan yang dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) semalam, menyaksikan Lee Chong Wei hanya akan berdepan laluan sukar di separuh akhir badminton sukan olimpik 2012.

Lee Chong Wei yang diletakkan sebagai pemain pilihan pertama diundi dalam Kumpulan A dan akan turun menentang pemain ranking ke 45 dunia, Ville Lang dari Finland pada pusingan pertama.

Jika berjaya mara ke pusingan kedua, pemain No. 2 dunia itu diramal berdepan pemain Indonesia, Simon Santoso yang dijangka mudah bergelar juara Kumpulan B.

Jika Chong Wei berjaya melepasi halangan Simon Santoso, beliau akan mara ke peringkat suku akhir dan dijangka menentang perseorangan Jepun, Kenichi Tago atau Nguyen Tien Minh dari Vietnam.

Lee Chong Wei hanya akan berdepan cabaran sebenar jika berjaya mara ke separuh akhir apabila dijangka bintang muda China, Chen Long akan menanti beliau di peringkat separuh akhir Badminton Sukan Olimpik 2012.

Dan jika kesemua halangan berjaya dilepasi, Lee Chong Wei dijangka sekali lagi berdepan seteru utamanya, Lin Dan yang juga dari China andai mara ke pentas final badminton Sukan Olimpik 2012.

Namun, segalanya boleh berubah andai Lee Chong Wei gagal mempamerkan permainan sebenarnya dalam sukan Olimpik London nanti.

Acara badminton sukan olimpik London 2012 akan bermula pada Sabtu ini iaitu 29 Julai ini. Keputusan terkini perlawanan Badminton Sukan Olimpik London 2012 akan dibawakan dari masa ke semasa nanti.