Posts tagged KEDAH VS SARAWAK 13 APRIL 2012 LIGA SUPER
KEPUTUSAN TERKINI LIGA SUPER 13 APRIL 2012 – KEDAH VS SARAWAK & K.LUMPUR VS FELDA UNITED
0KEPUTUSAN TERKINI LIGA SUPER 13 APRIL 2012 – KEDAH VS SARAWAK
Perlawanan Tumpuan Liga Super malam ini adalah perlawanan Kedah menentang Sarawak di Stadium Darul Aman, Alor Star yang sedang berlangsung ketika ini.
Kedah yang tumbang 0-2 kepada Felda United pada perlawanan sebelum ini, mahu bangkit dari kekalahan yang dialami. Mengharapkan sekali lagi sentuhan pemain import Hamidan dan Khyril Muhymeen di barisan hadapan, sambil dibantu Baddrol Bakhtiar dan Safi Abdulfatah dijentera tengah.
Sarawak pula yang melalui perlawanan menarik dengan mengikat Kelantan digelanggang sendiri minggu lalu, sekali lagi mahu mempamerkan aksi yang sama, sekaligus membawa 3 mata berharga pulang ke Kuching malam ini.
Tiada siaran langsung mahupun live streaming untuk perlawanan Kedah vs Sarawak malam ini. Namun keputusan terkini perlawanan akan diupdated dari masa ke semasa.
Satu lagi perlawanan yang berlangsung malam ini adalah perlawanan Kuala Lumpur vs Felda United. Saksikan siaran langsung perlawanan ini di Astro Arena 801 jam 8.45 malam.
Keputusan Penuh Liga Super 13 April 2012
FULL TIME
KEDAH vs SARAWAK
0 : 2
KUALA LUMPUR vs FELDA UNITED
0 : 4
Nizad Ayub 22′, 36′, 73′, Farderin Kadir 8′
