FAM TETAPKAN HARGA TIKET FINAL PIALA FA 2012 KELANTAN VS SIME DARBY RM 40

harga tiket FINAL PIALA FA 2012 KELANTAN VS SIME DARBY   HARGA TIKET RM 40!

Fam sekali lagi bakal menimbulkan kemarahan para peminat bola sepak tanah air terutama peminat fanatik Kelantan The Red Warriors dan Sime Darby apabila menaikkan harga tiket final Piala FA 2012 pada 19 Mei ini kepada RM 40.

Harga tiket Final Piala FA 2012 ini diputuskan oleh jawatankuasa Tiket dan Pintu FAM demikian kata Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzudin Ahmad.

Ditanya penetapan harga tiket itu boleh mencetuskan kemarahan penonton, Azzudin berkata, keputusan untuk membeli tiket bergantung kepada penonton sama ada mereka sanggup membayar atau sebaliknya.

“Harga tiket itu tidak membebankan penonton dan terpulang kepada kemampuan masing-masing,” katanya.

Bagaimanapun, venue perlawanan akhir Piala FA itu, masih belum diputuskan dan hanya akan diputuskan minggu depan. Sebelum ini peminat kedua-dua pasukan sudah membuat spekulasi bahawa Stadium Shah Alam akan dipilih sebagai venue Final.

Namun demikian, ada juga ramai peminat lebih mahukan Stadium Nasional Bukit Jalil dijadikan gelanggang perlawanan akhir.

Pada tahun lalu, tindakan FAM menaikkan harga tiket kepada RM50 bagi perlawanan akhir Piala Malaysia antara Negeri Sembilan dan Terengganu menimbulkan kemarahan peminat sukan bola sepak di negara ini.

Pada perlawanan akhir Piala FA tahun lalu, harga tiket bagi tempat berbumbung ialah RM30 dan RM50 bagi pentas utama. Selepas isu ranking, kini pasti harga tiket Final Piala FA 2012 ini akan menjadi bualan peminat dalam menilai kredibilti FAM dalam mengendalikan bola sepak negara.