Posts tagged JADUAL PIALA FA 2013
PUSINGAN PERTAMA PIALA FA 2013 PENUH KONTROVERSI – JADUAL PUSINGAN KEDUA
0JADUAL PENUH PUSINGAN KEDUA PIALA FA 2013
16 pasukan akhirnya mengesahkan slot ke pusingan kedua Piala FA 2013 apabila menewaskan lawan masing-masing di pusingan pertama.
Paling mencuri tumpuan adalah tumbangnya beberapa pasukan pilihan seperti ATM,Lions Xii dan Perak seawal pusingan pertama lagi.
ATM mengulangi skrip sama musim lalu apabila tersingkir di pusingan pertama kali ini tewas menerusi penentuan sepakan penalti 3-2 kepada Selangor dalam perlawanan penuh kontroversi dengan insiden pergaduhan.
PKNS yang turun menentang Lions Xii berjaya sekali lagi mengejutkan skuad jemputan itu apabila menang tipis 1-0 dalam perlawanan ulangan selepas perlawanan yang dijadualkan ditunda keesokkan harinya ekoran hujan lebat.
Perak tewas 0-1 kepada barisan bintang Darul Takzim FC pimpinan Fandi Ahmad di Larkin. Perak yng dihantui masalah kecederaan pemain utama seperti Shahrulnizam Mustapha, S.Chanturu, V.Thirumurugan, Farizal Marlias, Shahrom Kalam dan penyerang import mereka Karim Ruione menurunkan hampir separuh dari pasukan muda yang menjuarai Piala Presiden musim lalu.
Pahang sebagai pendahulu liga super ketika ini menewaskan Johor FA 3-2 juga dalam perlawanan penuh kontroversi ekoran tindakan pengadil yang menarik balik layangan kad merah yang telah diberikan kepada pemain.
Sejak mula liga super, mutu pengadilan sering dipersoalkan oleh ramai pihak yang dilihat kurang berkesan dan berat sebelah selain keputusan-keputusan yang penuh kontroversi.
Apakah isu pengadilan seperti ini akan terus berlarutan sepanjang kempen liga super 2013 dan Piala FA serta Piala Malaysia nanti?.. FAM perlu meneliti perkara seperti ini, bukan hanya terus menjatuhkan hukuman dari akta yang tertentu tanpa melihat rasionalnya perkara tersebut dipersoalkan.
Berikut merupakan jadual penuh pusingan kedua Piala FA 2013 yang dijadualkan pada 26 Februari 2013.
Terengganu vs Pulau Pinang
Pulau Pinang PBAPP vs Sarawak
Selangor vs Sabah
Sime Darby vs T-Team
Kedah vs Johor Darul Takzim FC
Pahang vs ATM Tentera Darat
Negeri Sembilan vs Pos Malaysia
PKNS vs Kelantan
KEPUTUSAN UNDIAN DAN JADUAL PERLAWANAN PUSINGAN PERTAMA PIALA FA 2013
4KEPUTUSAN PENUH UNDIAN PIALA FA 2013 – LIGA MALAYSIA
Undian Piala FA 2013 berlangsung petang tadi menyaksikan beberapa pertembungan menarik seawal pusingan pertama. Pasukan yang dinantikan aksinya iaitu Darul Takzim FC (dulu dikenali sebagai Johor FC) akan bertemu Perak dalam perlawanan pertama.
Turut menarik untuk disaksikan adalah perlawanan Selangor vs ATM yang juga seawal pusingan pertama Piala FA 2013. Manakala Lions Xii akan berdepan PKNS FC sebelum dijangka berdepan Kelantan yang mendapat bye selaku juara bertahan di pusingan kedua.
Selain Kelantan, Sime Darby selaku finalis musim lalu juga mendapat bye di pusingan pertama. Pasukan jemputan musim lalu dari Kemboja Preach Khan Reach mengesahkan lagi penyertaan musim depan dan akan berdepan PBAPP FC.
Berikut merupakan jadual Pusingan pertama perlawanan Piala FA 2013 yang akan berlangsung pada 25 Januari 2013.
Pusingan pertama – 25 Januari 2013
Pusingan kedua – 26 Februari 2013
Suku Akhir Pertama/Kedua – 6 dan 16 April 2013
Separuh Akhir Pertama/Kedua – 25 dan 28 Mei 2013
Perlawanan Akhir/ Final – 26 Jun 2013
**tertakluk kepada perubahan
Jadual Piala FA Malaysia 2013 – Peringkat Pertama
PKNS FC vs LIONSXII
Sarawak vs Malacca
Preach Khan Reach vs PBAPP FC
Kuala Lumpur vs Pos Malaysia
UiTM FC vs Negri Sembilan
PDRM vs Penang
SPA FC vs Terengganu
Kedah vs NS Betaria
Darul Takzim vs Perak
Sabah vs Felda United
Selangor vs ATM
Johor vs Pahang
Pahang Kuantan Port vs Tentera Darat
T-Team vs Perlis


