Posts tagged HARIMAU MUDA VS QATAR U22 17 JUN 2012
KEPUTUSAN PENUH MALAYSIA U22 VS QATAR U22 17 JUN 2012 – FRIENDLY – STREAMING LINK
0KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN PERSAHABATAN MALAYSIA U22 VS QATAR U22 17 JUN 2012
FULL TIME
Malaysia u22 vs Qatar u22
2 : 0
irfan fazail 27′, rozaimi rahman 69′
-LIVE STREAMING LINK – TERTUNDA MALAYSIA U22 VS QATAR U22<<–
Hari ini telah berlangsung satu perlawanan persahabatan skuad Harimau Muda bawah 22 tahun kebangsaan bimbingan Ong Kim Swee petang tadi menentang skuad kebangsaan Qatar u22 di Stadium Shah Alam.
Siaran Tetunda perlawanan ini boleh diikuti di Astro Arena jam 8.30 malam ini dan rtm tv1 jam 12.30 malam. Perlawanan ini adalah sebagai persediaan skuad Harimau Muda untuk kelayakan Piala AFC U22 tidaklama lagi.
Skuad negara berjaya menewaskan Qatar u22 hasil jaringan irfan fazail pada minit ke 27 dan Mohd Rozaimi pada minit ke 69.
Namun perlawanan dicemari dengan insiden layang 2 kad merah kepada pemain Malaysia yang bakal beraksi di Eropah iaitu Nazmi Faiz dan seorang pemain Qatar.
Diakhir perlawanan, Nazmi Faiz memohon maaf kepada penyokong dan akan memastikan perkara seumpama ini tidak akan berlaku lagi selepas ini.
Ong Kim Swee yang memberikan kenyataan agak kurang senang dengan kejadian ini yang disifatkan mungkin berpunca dari isu yang dilemparkan sebuah media yang menyatakan nazmi faiz ‘playboy’. Perkara ini sedikit sebanyak boleh menjejaskan tumpuan bukan sahaja Nazmi tetapi pemain lain.
Akhbar berkenaan dilihat kurang bertanggungjawab dengan melemparkan tuduhan sedemikian tatkala populariti nazmi semakin meningkat.
Walaubagaimanapun, kejayaan menewaskan Qatar U22 ini merupakan satu kejayaan dan pemangkin semangat kepada skuad Ong Kim Swee untuk menempuh perlawanan kelayakan Piala AFC U22 nanti.
MALAYSIA U22 VS QATAR U22 17 JUN 2012 – PERLAWANAN PERSAHABATAN PERSEDIAAN KELAYAKAN PIALA AFC B22
5PERLAWANAN PERSAHABATAN MALAYSIA U22 VS QATAR U22 17 JUN 2012 – SETELAH SKUAD TIMOR LESTE MENARIK DIRI
KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN PERSAHABATAN
FT
Malaysia U22 vs Qatar U22
2 : 0
irfan fazail, rozaimi
-SIARAN TERTUNDA ASTRO ARENA 08.30 PM & TV1 JAM 12.30 AM-
LINK STREAMING TERTUNDA ASTRO ARENA<<–
Skuad Harimau Muda A bimbingan jurulatih Ong Kim Swee akan mengadakan perlawanan persahabatan antarabangsa menentang skuad bawah 22 tahun Qatar di Stadium Shah Alam, pada 17 Jun 2012 iaitu Ahad ini.
Skuad Qatar u22 menjadi pasukan ganti bagi pasukan bawah 22 tahun Timor Leste, yang dijadual menentang skuad Harimau Muda A pada tarikh sama, telah menarik diri atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Perlawanan ini merupakan sebahagian daripada persediaan skuad bimbingan Ong Kim Swee bagi menghadapi pusingan kelayakan Piala AFC bawah 22 tahun akhir bulan ini.
Perlawanan itu akan bermula pada 4.30 petang dan tiket akan dijual mulai 2 petang. Menurut Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan hari ini. Harga tiket Malaysia U22 vs Qatar U22 adalah RM20 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.
Piala AFC Bawah 22 tahun itu adalah kejohanan pertama kali dianjurkan AFC dengan penyertaan 41 pasukan dari benua Asia. Untuk melihat jadual perlawanan kelayakan Piala AFC u22 dan Informasi berkaitan anda boleh lihat DISINI<<–
**Keputusan Terkini dan Penuh Malaysia u22 vs Qatar u22 17 Jun 2012 akan dibawa dari masa ke semasa.
**Info mengenai live siaran langsung perlawanan ini dan live streaming hanya akan dimaklumkan nanti.
**SIARAN TERTUNDA MALAYSIA U22 VS QATAR U22 DI ASTRO ARENA 801 jam 8.30 malam!!

