Posts tagged HADI YAHYA
SPEKULASI LIGA M 2012 | IRFAN BAKTI SAH TINGGALKAN TERENGGANU UNTUK KE SELANGOR MUSIM HADAPAN | MAT ZAN MAT ARIS KE TERENGGANU
0Ketua Jurulatih Terengganu Haji Irfan Bakti hari ini secara rasminya mengesahkan bahawa akan meninggalkan skuad Finalis Piala Malaysia 2011 itu menjelang musim Liga Malaysia 2012 yang akan memulakan sepak mulanya pada awal Januari depan. Perkara ini diputuskan dalam mesyuarat yang berlangsung bersama PBSNT petang tadi. Beliau juga dikatakan bakal membimbing skuad Gergasi Merah – Selangor pada musim hadapan, perkara ini masih dalam perbincangan. Terengganu pula bakal mendapat sentuhan semula Mat Zan Mat Aris pada musim 2012.
Setelah dua musim melakar beberapa kejayaan bersama pasukan Terengganu, hari ini jurulatih yang pernah membimbing kelab elit Liga Super Indonesia Persipura melakar kejuaraan Wilayah Timur Devisyen Satu Liga Indonesia pada tahun 2007 akhirnya mengambil keputusan untuk berundur dari skuad Penyu itu. Sememangnya kontrak beliau tamat selepas Piala Malaysia 2011, namun beliau mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontrak tersebut.
Dibawah bimbingan Irfan Bakti, Terengganu berjaya menjadi Juara Piala FA 2011, Naib Juara Liga Super 2011 dan beberapa kali layak ke separuh akhir Piala FA dan Piala Malaysia sepanjang tahun 2009-2011.
Keputusan ini sememangnya mengejutkan ramai pihak, terutama penyokong Terengganu yang masih mengharapkan sentuhan ajaib beliau untuk musim hadapan. “Setelah mencapai persetujuan antara saya dan pengurusan, jadi saya mengundur diri, tidak lagi menyambung kontrak saya yang akan berakhir 30 November ini dan persefahaman ini adalah yang terbaik bagi saya dan pengurusan,” ujarnya di sini hari ini.
Mesyuarat ini juga memutuskan beberapa pemain yang kekal dalam pasukan Terengganu dan terdapat juga beberapa orang pemain akan berhijrah ke pasukan lain. Antara pemain-pemain yang telah bersetuju untuk kekal bersama Terengganu dan berhijrah keluar adalah seperti berikut ;
Senarai penuh Pemain Terengganu yang kekal / keluar untuk musim 2012..
1.Haji Irfan Bakfi – Keluar
2.Hadi Yahya – Kekal
3.Mazlizam Mohamad – Kekal
4.Ashari Shamsudin – Kekal
5.Manaf Mamat – Kekal
6.Sharbinee Allawee – Kekal
7.Mazuki Yusof – Kekal
8.Joseph Kallah Tie – Kekal
9.Ronny Harun – Keluar
10.Reesyafiq Alwi – Kekal
11.Ismail Faruqi – Kekal
12.Ahmad Nordin Alias -Kekal
13.Helmi Remeli – Keluar
14.Mohamad Shamirza Yusof – Kekal
15.Mohd Shahril Saa’ri -Kekal
16.Nik Zul Aziz Nawawi – Kekal
17.Mohamad Muhaimin Omar _blm dpt dipastikan
18.Hasmizan Kamaruddin – Kekal
19.Mohamad Hassan Basri Ahmad Ridzuan – Keluar
20.Md.Zubir Azmi – Kekal (ke Harimau Malaya)
21.Zharif Hasna – Keluar
22.Wan Mohamad Aliff Wan Jasmi – Keluar
23.Mohd Ailim Kamaruddin – Kekal
senarai pemain import / pemain baru yang akan masuk masih belum diputuskan PBSNT

