Posts tagged EURO 2012

cassano

EURO 2012 – SEPANYOL DAN ITALI MARA KE SUKU AKHIR DARI KUMPULAN C

0

KEPUTUSAN PENUH EURO 2012 KUMPULAN C – SEPANYOL DAN ITALI MARA KE SUKU AKHIR

navas EURO 2012   SEPANYOL DAN ITALI MARA KE SUKU AKHIR DARI KUMPULAN C

JESUS NAVAS MENJARINGKAN GOL DIHADAPAN GAWANG YANG TERBUKA LUAS

Penentuan pasukan mana layak ke suku akhir Euro 2012 bagi kumpulan C akhirnya terlerai awal pagi tadi. Sepanyol dan Itali mara ke suku akhir selepas masing-masing menang ke atas lawan dalam perlawanan terakhir kumpulan C.

Sepanyol yang turun sebagai pilihan menentang Crotia bagaimanapun diberikan asakan oleh Crotia yang diketuai oleh Luka Modric dan Srna dibarisan tengah.

Kedua-dua pasukan memerlukan kemenangan untuk mara ke suku akhir dengan satu lagi perlawanan antara Itali dan Republik Ireland kelebihan memihak Itali. Jadi kedua-dua pasukan perlu menang atau seri 2-2 untuk kedua-duanya mara ke suku akhir.

Sepanyol pada mulanya menguasai hampir 80% permainan pada babak pertama. Dan Juara Dunia itu, mempunyai beberapa peluang untuk menjaringkan gol, namun gagal disempurnakan dengan baik pemain penyerang yang diketuai oleh Fernando Torres.

Crotia cuba melonggarkan asakan Sepanyol dengan cuba bermain hantaran jauh mencari penyerang Mario Mandzukic namun Sepanyol tetap menguasai perlawanan dengan purata hampir 60% bola dikuasai oleh penyandang juara itu.

Iniesta akhirnya memperolehi peluang selepas menerima hantaran Xavi dan menggelecek penjaga gol Crotia Stipe Pleitkosa dan melorongkan bola tepat ke arah Navas yang tidak dikawal.

CASILAS EURO 2012   SEPANYOL DAN ITALI MARA KE SUKU AKHIR DARI KUMPULAN C

IKER CASILLAS CEMERLANG MENEPIS CUBAAN PENYERANG CROTIA MARIO MANDZUKIC

Jesus Navas tidak mensia-siakan peluang untuk meletakkan Sepanyol 1-0 dihadapan. Keputusan itu kekal sehingga wisel penamat untuk membawa Sepanyol sebagai juara kumpulan C ke suku akhir.

Dalam satu lagi perlawanan, Itali yang dijangka mudah menewaskan Republik Ireland bagaimanapun terpaksa berhempas pulas sebelum dapat menewaskan Rep. Ireland 2-0 menerusi jaringan Antonio Cassano dan Mario Balotelli untuk membawa mereka ke suku akhir.

cassano EURO 2012   SEPANYOL DAN ITALI MARA KE SUKU AKHIR DARI KUMPULAN C

TANDUKAN CASSANO MELETAKKAN ITALI DIHADAPAN

Spain dan Itali akan menanti juara dan naib juara kumpulan D, dimana perebutan berlaku antara Ukraine, France dan England di suku akhir nanti.

denmark-vs-portugal-2012_thumb[1]

LIVE STREAMING PORTUGAL VS DENMARK 13 JUN 2012 – EURO 2012

1

LIVE STREAMING EURO 2012 PORTUGAL VS DENMARK 13 JUN – KEPUTUSAN PENUH

denmark vs portugal 2012 thumb1 LIVE STREAMING PORTUGAL VS DENMARK 13 JUN 2012   EURO 2012

Keputusan Penuh Euro 2012 – Kumpulan B

FULL TIME

Portugal vs Denmark

3 : 2

pepe 24′ , h.postiga 36, varela 86′ — n.bendtner 41′,80′


Perlawanan kedua bagi kedua-dua pasukan dengan Portugal memburu kemenangan pertama selepas tewas 0-1 kepada Jerman di perlawanan pembukaan.

Sementara Denmark segar dengan kejayaan menewaskan Belanda di perlawanan pertama. Perlawanan kumpulan B yang juga kumpulan maut ini, pasti akan menjadi tumpuan.

Saksikan siaran langsung Portugal vs Denmark 13 Jun 2012 live di Astro 825 jam 11.55 pm.

LIVE STREAMING PORTUGAL VS DENMARK 13 JUN 2012

-LINK 1

-LINK 2

 

BARISAN KEMUNGKINAN LINE-UP PORTUGAL VS DENMARK 13 JUN 2012

Denmark Lineup (4-2-3-1): Stephan Andersen; Simon Poulsen, Daniel Agger, Simon Kjaer, Lars Jacobsen; Niki Zimling, William Kvist; Michael Krohn-Delhi, Christian Eriksen, Dennis Rommedahl; Nicklas Bendtner

Portugal Lineup (4-3-3): Rui Patricio; Fabio Coentrao, Bruno Alves, Pepe, Joao Pereira; Miguel Veloso, Joao Moutinho, Raul Meireles; Cristiano Ronaldo, Helder Postiga, Nani

Go to Top