CARDIFF CITY BERI TUMPUAN KEPADA NAZMI FAIZ MANSOR MENJALANI LATIHAN SETAHUN DIBAWAH KENDALIAN MALKY MALKAY |

index NAZMI FAIZ MANSOR BAKAL KE CARDIFF CITY ?

Nazmi Faiz Mansor bakal ke Cardiff City ?..Mungkin itulah salah satu berita sensasi yang meniti dibibir peminat bola sepak negara ketika ini. Informasi ini mula tersebar selepas laman web walesonline di UK, melaporkan yang kelab berpangkalan di Wales itu, mahu mengadakan perbincangan untuk membawa pemain termuda skuad olimpik negara itu menjalani latihan selama 1 tahun dibawah pemerhatian jurulatih Malky Malkay.

Sebelum ini, dua orang pemain kebangsaan, Safee Sali dan Safiq Rahim telah pun diberi peluang menjalani latihan dan percubaan selama 2 minggu. Teka teki samada Cardiff City sedia memilih mereka atau tidak sudahpun terjawab, dan Cardiff City lebih teruja mendapatkan pemain yang lebih muda untuk mewakili kelab itu.

Menurut laman web walesonline.uk itu lagi, perbincangan mengenainya sedang dijalankan dan ini adalah salah satu strategi pemilik Cardiff City itu sendiri seorang rakyat Malaysia, Dato Chan Tien Ghee dan Vincent Tan untuk mengukuhkan hubungan antara kelab itu dengan tanah kelahiran mereka sendiri, terutama selepas pelancaran program 1Malaysia Cardiff City.

Malky Malkay dalam kenyataan laman web tersebut berkata, pemain harus menyesuaikan diri dengan tempo laju dan mempunyai fizikal yang kuat dengan corak permainan bola sepak di England seperti yang telah ditunjukkan oleh Safee Sali.

Namun, menurut beliau lagi, pemain itu perlu tinggal dan belajar dengan lebih lama lagi di kelab tersebut untuk menyesuaikan diri dengan gaya dan corak permainan serta belajar mengenai aspek fizikal, nutrisi dan kecergasan. Dan pemain muda lebih sesuai untuk perkara ini.

Cardiff City telah memberi peluang kepada pemain muda mereka untuk menunjukkan kemampuan dalam pasukan utama, buktinya apabila memberi peluang kepada pemain berusia 18 tahun, Joe Ralls bermain dalam skuad utama. Jadi peluang Nazmi Faiz juga agak cerah jika benar beliau bakal dibawa ke sana.

Cardiff City telah melahirkan beberapa pemain muda yang berbakat, antaranya kapten skuad kebangsaan Wales dan pemain Arsenal Aaron Ramsey.