Posts tagged BOLA HARIMAU MUDA DI SLOVAKIA

VIDEO GOL HARIMAU MUDA VS MFK Topvar Topoľčany 30 JULAI 2011

1

VIDEO GOL HARIMAU MUDA VS MFK Topvar Topoľčany 30 JULAI 2011 | AKSI HARIMAU MUDA DI SLOVAKIA

you tube football VIDEO GOL HARIMAU MUDA VS MFK Topvar Topoľčany 30 JULAI 2011

Malaysia u23 atau skuad Harimau Muda telah pun menjalani latihan 5 minggu di Slovakia. Sepanjang 5 minggu tersebut beberapa perlawanan persahabatan menentang kelab- kelab di Liga Slovakia telah pun diatur. Terbaru skuad Harimau Muda lawan kelab slovakia MFK Topvar Topolcany iaitu kelab devisyen 3 di Liga Slovakia pada 30 Julai 2011 yang lalu. Keputusan penuh perlawanan itu berpihak kepada Harimau Muda yang menang 2-1 menerusi satu aksi menarik.

Jika dilihat dari sudut pencapaian, sememangnya ramai yang beranggapan pasukan tersebut adalah dari devisyen 3, tetapi jika diambil faktor fizikal susuk tubuh dan cuaca, kelebihan adalah pada pasukan lawan. Namun Harimau Muda yang dibarisi pemain bawah 23 tahun menampilkan persembahan mantap biarpun ketinggalan 1-0. Banyak percubaan dan peluang gagal dimanfaatkan barisan serangan Olimpik Malaysia. Jika tidak keputusan sudah pasti memberikan lebih banyak gol kepada pasukan Harimau Muda.

(more…)

Harimau-Muda-di-Slovakia-436x312

JADUAL & KEPUTUSAN HARIMAU MUDA A DI SLOVAKIA 2011

0

JADUAL & KEPUTUSAN PERLAWANAN HARIMAU MUDA A DI SLOVAKIA 2011

Harimau Muda di Slovakia 436x312 JADUAL & KEPUTUSAN HARIMAU MUDA A DI SLOVAKIA 2011

Skuad Harimau Muda A berlepas ke Slovakia pada Julai 22 (Jumaat) sebagai persiapan peringkat kumpulan Kelayakan Asia Olimpik 2012. Latihan lima minggu ini akan berakhir dengan kembalinya mereka pada Ogos 28, 2011. Empat pemain disenarai buat kali pertama iaitu: Azrul Azmi (Felda United), Ahmad Hazwan Bakri (Kuala Lumpur), Izuan Solahuddin (Kelantan) dan Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham (Selangor PKNS).

Tujuh pemain skuad Olimpik yang disenarai di Kelayakan Asia Piala Dunia 2014 bertemu Singapura dikecualikan dari latihan di Slovakia. mereka adalah Khairul Fahmi Che Mat, Mahalli Jasuli, Muslim Ahmad, Fadhli Shas, K. Gurusamy, Ahmad Fakri Saarani dan Izzaq Faris Ramlan.

(more…)

Go to Top