Posts tagged BADMINTON SUKAN OLIMPIK LONDON 2012

LEE CHONG WEI

LEE CHONG WEI TEWAS DI FINAL OLIMPIK KEPADA LIN DAN

3

KEPUTUSAN PENUH FINAL BADMINTON SUKAN OLIMPIK LONDON 2012 | LEE CHONG WEI VS LIN DAN PERLAWANAN AKHIR

LEE CHONG WEI LEE CHONG WEI TEWAS DI FINAL OLIMPIK KEPADA LIN DAN

Lee Chong Wei akhirnya menamatkan debaran seluruh rakyat Malaysia untuk membawa pingat emas pertama negara di Sukan Olimpik apabila tewas kepada Lin Dan dalam aksi final perseorangan lelaki badminton sukan olimpik London 2012 sebentar tadi.

Lee Chong Wei yang merupakan harapan negara untuk membawa pingat emas pertama sukan olimpik tewas dengan bermaruah dalam aksi 3 set yang penuh mendebarkan.

Lee Chong Wei memperolehi kemenangan di set pertama 21-15. Ketika itu dilihat beliau semakin bersemangat untuk menang dan kerap kali memaksa Lin Dan melakukan kesilapan demi kesilapan.

Di set kedua, Lee Chong Wei berjaya memgimbangi Lin Dan, namun jaguh China itu seakan dapat membaca permainan Chong Wei dan mula menambah mata demi mata. Lin Dan menang mudah 21-10 hasil kesilapan demi kesilapan dilakukan Chong Wei.

Di set ketiga, Lee Chong Wei kembali menemui rentak permainan dan berjaya mengimbangi permainan. Beliau sentiasa mengekori rapat Lin Dan biarpun satu masa ketinggalan 11-9 namun berjaya menyamakan kedudukan.

Datuk Lee Chong Wei seakan berada diambang pingat emas olimpik apabila mendahului 19-17, namun hasil satu agakan yang kurang tepat kerana menyangka bulu tangkis keluar namun sebaliknya, Lin Dan berjaya menyamakan kedudukan dan akhirnya memperolehi kemenangan 21-19 untuk mengekalkan pingat emas yang dimenanginya 4 tahun lalu di Beijing.

Sementara itu, harapan untuk melihat beregu lelaki negara Koo Kien Kiat/Tan Boon Heong merangkul sekurang-kurangnya pingat gangsa lebur apabila mereka tewas kepada pasangan Korea Selatan Lee Yong Dae/Jung Jae Sung 21-23,10-21.

Datuk Lee Chong Wei berjaya menjadi penyumbang pingat pertama Malaysia biarpun tewas namun seluruh rakyat bangga dengan pencapaian beliau yang telah mencuba sedaya upaya.

TAHNIAH DATUK LEE CHONG WEI…

LEE

BADMINTON SUKAN OLIMPIK LONDON 2012 – LEE CHONG WEI MENANG KE ATAS VILLE LANG

0

KEPUTUSAN PENUH BADMINTON SUKAN OLIMPIK LONDON 2012 -LEE CHONG WEI VS VILLE LANG

LEE1 BADMINTON SUKAN OLIMPIK LONDON 2012   LEE CHONG WEI MENANG KE ATAS VILLE LANG

Lee Chong Wei berjaya mara ke pusingan suku akhir Badminton perseorangan lelaki sukan olimpik London 2012 apabila menewaskan pemain ranking ke 45 Ville Lang dari Finland dalam kumpulan A awal pagi tadi.

Walaubagaimanapun, Lee Chong Wei dilihat bergelut untuk mencapai prestasi terbaiknya sejak mengalami kecederaan pada All-England yang lalu selepas terpaksa melalui 3 set sebelum menang 21-8 14-21 21-11.

Di Wembley Arena awal pagi tadi, Lee Chong Wei bukan sahaja berdepan Ville Lang, namun terpaksa berdepan sokongan penonton yang memberi sokongan kepada lawannya itu.

Selepas hampir dua bulan tidak beraksi dalam kejohanan kompetitif akibat kecederaan, pemain nombor dua dunia Datuk Lee Chong Wei memulakan cabaran Sukan Olimpik 2012 dengan kemenangan untuk layak ke suku akhir acara perseorangan lelaki Kumpulan A, kerana hanya terdapat mereka berdua dalam kumpulan tersebut.

Selepas menang mudah set pertama, Chong Wei yang mengalami kecederaan buku lali kanan semasa All-England pada Mei lepas, hilang fokus sekaligus memberikan kemenangan kepada lawannya pada set kedua.

Chong Wei kemudian membuktikan bahawa beliau merupakan antara pemain pilihan untuk menjuarai acara itu apabila menang bergaya pada set penentuan. Kemenangan itu juga melebarkan rekod dua kemenangan berpihak kepada Chong Wei ke atas pemain Finland itu.

Pada pertemuan terakhir antara kedua-dua pemain itu di Kejohanan Dunia 2011, Chong Wei mudah menumpaskan Lang 21-10, 21-11.

Lee Chong Wei berkata dia telah dapat menemui kembali rentak permainannya selepas hampir dua bulan tidak beraksi dalam kejohanan kompetitif.

“Kini saya buktikan bahawa saya mampu bermain di set penentuan dan memenangi perlawanan hari ini,” katanya.

Dalam acara perseorangan wanita, pemain negara Tee Jing Yi mencatatkan kemenangan apabila mengenepikan cabaran pemain Itali, Agnese Allegrini 21-7, 21-14.

Go to Top