SIARAN LANGSUNG SUKU AKHIR KEDUA PIALA FA 27 MAC 2012|LIVE STREAMING JOHOR FC VS SIME DARBY RTM1

images1 SIARAN LANGSUNG SUKU AKHIR PIALA FA 27 MAC 2012| LIVE STREAMING

Malam ini merupakan penentuan suku akhir kedua Piala Fa 2012 selepas perlawanan pertama yang berlangsung pada 24 Mac 2012 yang lalu masih belum lagi menampakkan pasukan mana yang akan beraksi di separuh akhir Piala FA nanti.

Cuma Kelantan sahaja yang dilihat bakal ke separuh akhir selepas membenam cabaran kelab KL SPA 3-0 di Bukit Jalil dan membawa bekalan 3 gol ke gelanggang sendiri malam ini.

Terengganu yang menang tipis ke atas skuad Lions XII Singapura 1-0 dalam suku akhir pertama masih belum lagi dikatakan selamat. Turun beraksi di Stadium Jalan Besar malam ini, dengan permukaan padang sintetik, Mat Zan Mat Arif seharusnya menitik beratkan aspek kawalan dan hantaran bola.

Ini kerana permukaan padang seperti itu, kelajuan bola sukar untuk diagak, terutama bagi pasukan yang tidak biasa menggunakannya. Namun beberapa pemain skuad Penyu sudah pun beberapa kali bertandang ke Stadium Jalan Besar, termasuk beberapa pemain kebangsaan seperti Abdul Hadi Yahya, Sharbinee Alawee, Shukor Jusoh dan Ashaari Shamsudin.

Seri sudah memadai buat Terengganu untuk layak ke separuh akhir Piala FA 2012. Saksikan pertama kalinya siaran langsung Lions XII Singapore vs Terengganu live Astro Awani 501 jam 8.30 malam.

Sementara Johor FC yang merupakan antara fovourite ke separuh akhir perlu bangkit malam ini digelanggang sendiri untuk mengenepikan kelebihan 1 gol yang dimiliki Sime Darby hasil kemenangan dalam suku akhir pertama 3-2. Jangan lupa saksikan siaran langsung Johor FC vs Sime Darby di RTM 1 jam 8.45 malam ini.

Kedah yang diikat T-Team 0-0 dalam suku akhir kedua pula, akan bertandang ke Stadium Sultan Ismail Nasirudin Shah malam ini. Jangan lupa saksikan siaran langsung Kedah vs T-Team suku akhir kedua Piala FA 27 Mac 2012 jam 8.45 malam di Astro Arena 801.

Berikut merupakan link live streaming Johor FC vs Sime Darby 27 Mac 2012

#LINK 1