SIARAN LANGSUNG | LIVE STREAMING |HARGA TIKET MALAYSIA VS JEPUN 22 FEBRUARI 2012|KELAYAKAN OLIMPIK ZON ASIA PUSINGAN KETIGA

MALAYSIA VS JAPAN 22 FEBRUARY 2012 MALAYSIA VS JEPUN 22 FEBRUARI 2012 KELAYAKAN OLIMPIK| SIARAN LANGSUNG &LIVE STREAMING

Skuad Olimpik akan berdepan Jepun pada 22 Februari ini di Stadium Nasional Bukit Jalil dalam misi mengejutkan skuad ‘matahari terbit’ itu yang kini perlu melakar kemenangan ke atas skuad negara bagi melayakkan diri secara automatik ke pusingan akhir di London Mei ini tanpa perlu melalui perlawanan playoff.

Jepun dijangka akan menurunkan kesebelasan utama mereka untuk mendapatkan tiga mata penuh selepas tewas mengejut ditangan Syria 2-3 dalam perlawanan terdahulu. Namun, skuad olimpik Malaysia barisan kendalian Ong Kim Swee, mempunyai misi peribadi yang harus dilunaskan untuk mengumpul mata pertama negara disamping menjadi pasukan ‘pengacau’ kepada Juara Asia itu.

Biarpun peluang untuk layak ke pusingan akhir sudah pun tertutup selepas kekalahan tipis 1-2 kepada Bahrain, namun skuad kendalian Ong Kim Swee itu optimis untuk melakar kejutan dan tidak mahu memberikan jalan mudah buat Jepun di Bukit Jalil rabu ini.

Jangan lupa saksikan perlawanan kelayakan olimpik Malaysia vs Jepun 22 Februari 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil dimana sepak mula perlawanan dijangkakan sekitar jam 9.00 malam. Tiket-tiket perlawanan boleh didapati seperti harga berikut ;

Grandstand – RM 40

Terbuka – RM 20

Kanak- Kanak – RM 5 ( bawah 12 tahun )

-Tiket perlawanan Malaysia vs Japan akan mula dijual pada 21 Februari 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil, mulai jam 5.00 petang.

-Tiket juga boleh didapati di 850 cawangan Petronas di seluruh negara HANYA untuk tiket berharga RM 40 dan RM 20 SAHAJA

-Tiket juga boleh dibeli secara online di ticketonline<<—

Bagi yang tidak dapat pergi ke stadium, saksikan siaran langsung Malaysia vs Jepun 22 Februari 2012 di RTM 1 bermula jam 8.50 malam ini. Juga di Astro Starsport 813.

Link live streaming RTM1 Malaysia vs Jepun adalah seperti dibawah.

>>LIVE STREAMING MALAYSIA VS JAPAN 22 FEBRUARY 2012 – OLYMPIC QUALIFIER<<

**Keputusan terkini/semasa perlawanan Malaysia lawan Jepun akan diupdated nanti.